berita

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan ‘Pink Ambulance’ Pertama Di Malaysia

November 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sempena menyokong kempen kesedaran kenser payudara, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza bakal melancarkan ‘Pink Ambulance’ pertama di Malaysia. Pelancaran ini bakal diadakan pada majlis makan malam amal ‘Pink Jazzy Affair 2012’ yang akan diadakan pada 30 November ini bertempat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sebagai tanda sokongan terhadap kempen yang telah berjaya mengumpul dana lebih RM100,000 ini, Dato’ Siti Nurhaliza bersama Atilia Haron dan Donny Ray Radford dari kumpulan The Platters akan menyumbangkan suara mereka pada malam kemuncak majlis ini nanti.

Apa yang lebih menarik, Dato’ Siti bakal mempersembahkan kesemua lagunya pada malam itu dengan rentak jazz. Bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Dato’ Siti berkemungkinan akan mempersembahkan 10 – 12 buah lagu sepanjang 45 minit masa persembahan.

Setakat ini hampir semua tiket telah habis dijual dan ini jelas menunjukkan bahawa orang ramai telah tampil untuk memberikan sokongan mereka terhadap kempen kesedaran kanser payudara ini.

Antara VVIP yang bakal hadir pada malam tersebut adalah :

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Kalsom binti Amdullah
  • CEO Gleneagles Kuala Lumpur, Amir Firdaus Abdullah
  • Presiden BCWA, Ranjit Kaur

SKIP THIS AD ×