berita

Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru

March 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ali mamak

Baru sahaja minggu lepas industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita bekas anggota Nowseeheart, Firdaus atau lebih dikenali sebagai Bob meninggal dunia, namun hari ini pelakon dan pelawak terkenal, Datuk Ali Mamak pula pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Allahyarham yang dikenali menerusi sitkom Santan Berlada telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira jam 4.20 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.

Anak lelaki beliau, Sharol Nizam turut mengesahkan perkara itu melalui akaun Facebook miliknya. Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan terlebih dahulu kerana menghidap kanser tahap kedua.

IMG_0307

Gambar kenangan Ali Mamak bersama isterinya dan Abon

Sekadar mengimbas kembali, Ali Mamak sudah berkecimpung dalam bidang hiburan lebih kurang 25 tahun dan disebabkan sumbangannya sebagai anak seni, beliau dikurniakan Darjah Seri melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Untuk pengetahan anda, jenazah dibawa ke Hulu Langat, Slenagor untuk dikebumikan sebelum Zohor hari ini. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

Sumber: Malaysian Digest

SKIP THIS AD ×