berita

Datuk Kes Tipu Bina Rumah Kena Tahan Lagi!

January 24th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Kena tahan lagi! Pelakon bergelar Datuk yang pernah menggemparkan tanah air apabila didakwa terlibat dengan penipuan jualan rumah sekali lagi ditahan polis semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ampang mengesahkan penahanan itu dan memberitahu suspek berusia 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan projek pembinaan sebuah banglo membabitkan kerugian RM60,000.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa ditipu syarikat terbabit selepas menandatangani perjanjian bagi pembinaan banglo bernilai RM60,000.

Mangsa membuat pembayaran RM10,000 secara tunai kepada syarikat milik suspek pada 18 Jun lalu sebelum menandatangani perjanjian dengan sebuah lagi syarikat sekutunya.

Mangsa turut menyerahkan baki bayaran sebanyak RM50,000 ke akaun syarikat sekutu itu, namun sehingga hari ini, rumah yang dijanjikan kepada mangsa masih belum dibina.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Tahun lalu, pelakon terbabit pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan kerugian RM6.2 juta.

Sumber :  Berita Harian

SKIP THIS AD ×