berita

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Kongsi Nota Peninggalan Arwah Suami Buat Para Isteri

January 8th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Berkahwin itu indah. Suatu nikmat dunia bagi mereka yang benar-benar menghayati tuntutan-tuntutannya. Tidak kira sama ada si suami atau si isteri, kedua-duanya memainkan peranan dalam memastikan rumah tangga yang dibina berjalan di atas landasan yang digarisi Allah S.W.T.

Terbaru, nota yang ditulis arwah suami personaliti TV Al-Hijrah, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kepadanya sangat menyentuh jiwa. Nota bertajuk ‘Kelebihan Bersuami’ itu dikongsikan Hidayah di laman akaun Instagram sebagai tanda perkongsian kepada semua wanita di luar sana. Moga peninggalan arwah ini menjadi manfaat buat para isteri, InsyaAllah.

Kerana bila suami minum air buatan isteri..

Bismillahirahmanirahim. Satu perkongsian buat semua wanita. Kelebihan wanita yang bersuami. Nota ini diberikan kepada saya daripada arwah suami yang terdahulu. Sy ingin menyampaikan dan berkongsi nota ini agar arwah mendapat sedikit ganjaran dari kebaikan yg arwah tinggalkan. Sy ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suami terakhir sy inshaa Allah. ?? Kelebihan bersuami. .

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

Apabila isteri hamil…

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

Gembirakan suami kerana..

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

Dan ingatlah…

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

..sentiasa taat pada suami

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”

Sumber: Instagram Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid 

SKIP THIS AD ×