berita

‘Degupan Itu Akhirnya Terhenti..’ – Amy Search

July 5th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Mei lalu, bintang lagenda rock Amy Search mengumumkan isteri sedang hamil 4 minggu. Amy Search menerusi sebuah video menunjukkan keputusan alat ujian kehamilan yang bertanda dua garis merah.

Artikel berkaitan : ‘Steady La, Lu Memang Power’ – Amy Search Bakal Timang Anak Lagi, Netizen Teruja

Namun, keterujaan itu terhenti apabila Amy Search mengesahkan anak di dalam kandungan tidak lagi bernyawa. Di ruangan komen, peminat mengucapkan takziah dan berdoa semoga ada rezeki seterusnya.

Dugaan itu akhirnya terhenti

Degupan itu akhir nya terhenti dan hilang dri pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka. Moga kami semua redha dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan nya. AmeenYRA
“Aku Tersentak Langsung Tersedar
Cuaca Dingin Menanda Hati Yang Kian Rawan
Terbayang Seribu Kemungkinan
Sejenak Ku Mendakap
Kau pun Hilang, Dari Pandangan. ”
#amysearch

Amy Search memuat naik sebuah video menunjukkan degupan jantung anak di dalam kandungan terhenti. Beliau memberitahu anak-anak dan isteri tertunduk sedih saat menerima berita kehilangan ini. Apa-apa pun penyanyi tersebut berbesar hati mengharungi ujian dan pasti ada hikmah disebaliknya.

‘Stay strong’

Sumber : aku.amysearch

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×