Perasan atau tidak sekarang ni dah masuk bulan Ogos, lagi beberapa bulan je lagi nak masuk tahun baru. Selalunya hujung-hujung macam ni member-member, boss tempat kerja akan minta cuti untuk pergi holiday bawa diri. Biasa lah, dah all out pada awal tahun untuk bekerja apa salahnya pergi bercuti kan?
Apa? Kurang bajet nak pergi holiday? Relax la kat Malaysia ni kan banyak tempat yang best. Cuma korang tak tahu kat mana je. Haa.. Kali ni kami nak kongsi hotel budget yang harganya boleh dapat dalam RM86 je. Murah kan? Kalau anda nak tahu kat mana tempatnya jom ushar gambar-gambar di bawah ni. Lawanya bahagian dalam hotel ni…
Nampak dari luar macam biasa je kan?
Kalau kita lalu sekali imbas tak perasan pun ada hotel kat sini. Kalau perasan pun kita akan anggap hotel bajet yang biasa biasa je. Untuk pengetahuan anda, Tube Hotel ni terletak di Klebang, Melaka. Wahh, macam banyak hotel best-best kat Melaka.
Bagaimana bahagian dalam bilik hotel ni? Korang sabar jap.
Selesa, rasa macam malas nak keluar bilik
Macam mana? Cantik kan? Mana nak dapat bilik yang selesa macam ni dengan harga yang anda mampu bayar. Silap haribulan setiap minggu anda turun Melaka semata-mata nak lepak kat sini.
Ruang tamu dan dapur
Tempat lepak yang sangat romantis dan chill
Foto di atas merupakan tempat untuk anda lepak, minum sambil hirup udara yang segar. Kat sini juga anda boleh bawak laptop dan selesaikan kerja anda yang bertimbun tu. Huhu.
Tube Hotel, Melaka;
Alamat: 425, KM5, Jalan Klebang Besar, Klebang, Melaka, Malaysia 75200
Contact number: 06-315 5331
Sumber: Facebook Tube Hotel