berita

Destinasi Bajet Musim 3 Ke Luar Negara, Lebih Menarik!

September 3rd, 2013 | by Ai
Travelogue

Destinasi Bajet - Logo

Bagi yang menggemari aktiviti luar seperti melancong, OHBULAN! percaya anda pernah menonton sebuah rancangan travelogue berjudul Destinasi Bajet.

Rancangan yang pernah dihoskan oleh Qi Razali itu amat bersesuaian untuk mereka yang bercuti dan melancong tetapi mempunyai bajet yang terhad.

Maka, dengan kemunculan Destinasi Bajet musim ketiga ini nanti pastinya dapat memberi lebih manfaat kepada orang ramai kerana kelainan yang bakal diberikan.

Berbeza dengan musim-musim terdahulu, Destinasi Bajet kali ini memilih untuk menggunakan khidmat tiga orang pengacara yang terdiri daripada Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi.

Menurut Eksekutif Produser Destinasi Bajet, Michael Christian Simon, penampilan tiga orang pengacara untuk program tersebut dipercayai dapat memberi perspektif yang berbeza berkenaan pengalaman melancong.

Razif Hisham - Endau Rompin

Keseluruhan pasukan amat seronok dengan kemunculan dua orang pengacara baru iaitu Razif Hashim dan Diana Rusdi yang akan menyertai Qi Razali di dalam program tersebut. Ketiga-tiga pengacara itu mempunyai latar belakang dan personaliti yang menarik untuk ditonjolkan kepada penonton. Kami juga sangat teruja untuk membawa masuk pengacara wanita supaya dia dapat berkongsi pengalamannya sebagai pelancong wanita.

Selain daripada itu, Destinasi Bajet juga buat pertama kalinya akan menjelajah ke luar Malaysia termasuk Hanoi, Saigon, Bangkok, Yogyakarta, Bandung, Banda Aceh, dan Bali.

Ini adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan percutian bajet di Asia Pasifik dengan harga tiket penerbangan yang berpatutan.

Razif Hisham - Bandung

Seperti biasa, setiap bajet percutian di dalam Malaysia akan ditetapkan di antara RM300. Manakala, destinasi luar negara pula adalah sebanyak RM700.

Menerusi pelbagai info yang dikongsikan oleh pengacara Destinasi Bajet, penonton dapat menggunakannya sebagai panduan sebelum dan ketika melancong.

Jadi, bagi yang sudah merancang untuk bercuti, apa kata anda luangkan masa menonton Destinasi Bajet musim ketiga di NTV7 bermula 5 September 2013 pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam.

SKIP THIS AD ×