berita

‘Dia Ditinggalkan Sebab Perempuan Tu Terjumpa Kisah Silam Dia..’ – Sufian Beri Hint Dalam Lagu?

March 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Video Di Matamu versi akustik yang dimuatnaik di Youtube pada 26 Februari lalu mencipta fenomena tersendiri apabila meraih 10 juta tontonan di laman perkongsian video itu. Populariti lagu berkenaan diraih kerana ramai berpendapat lagu berkenaan adalah luahan Sufian atas kisahnya putus tunang.

Setelah menanti sekian lama, pagi tadi (Jumaat) versi rasmi muzik video berkenaan boleh mula ditonton menerusi laman web sama dan menerima pelbagai reaksi.

Lebih 800k view kurang sehari dimuatnaik

Saat artikel ditulis, video berkenaan sudah ditonton 844, 501 kali setelah dimuat naik di saluran Aries Music kurang dari 12 jam. Satu pencapaian yang cukup membanggakan untuk pendatang baru seperti Sufian. Bukan sekadar lirik, malahan jalan cerita muzik video itu sendiri mempunyai persaman dengan kisah Sufian-Elfira sendiri. Betul ke?

Bercakap kepada Mstar Online, Sufian bagaimanapun menyangkal perkara berkenaan kerana menurutnya lagu itu telah ditulis sebelum kisah pahit hidupnya itu berlaku Februari lalu.

Tak ada kaitan dengan kisah hidup saya. Ramai yang tak tahu lagu ini ditulis dari tahun lepas lagi. Saya mula tulis lagu ni dari bulan 3 dan sempurna menjadi sebuah lagu pada bulan 8.

Bukan kisah hidup, hanya rekaan semata-mata

Ujar Sufian lagi, muzik video lagunya itu ada plot tersendiri iaitu mengenai seorang lelaki ditinggalkan apabila buah hatinya mengetahui kisah silam dirinya.

Apa yang difokuskan dalam muzik video itu adalah, lelaki itu pernah melalui zaman gelap, dan bila dia berubah menjadi seorang yang lebih baik, dia ditinggalkan sebab perempuan tu terjumpa kisah silam dia.

Tambahnya, apa yang menguatkan lagi penerimaan positif peminat adalah berkemungkinan masa lagu ini dilancarkan sekaligus membuatkan ramai berfikir kaitan dirinya dengan lagu itu.

Mungkin masa lagu ini dilancarkan membuatkan orang mengaitkan dengan lagu ini dengan kisah saya. Ianya ditulis bukan berdasarkan kisah hidup sendiri dan muzik video pun hanyalah rekaan semata-mata.

 

Sumber: Mstar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×