Kes melibatkan hamil luar nikah sudah biasa kita dengar di akhbar dan media sosial. Rata-rata melibatkan gadis remaja yang terlalu mengikutkan rasa ingin mencuba dan keinginan menunjukkan rasa sayang kepada kekasih masing-masing.
Lain pula dengan apa yang terjadi kepada seorang wanita yang hamil anak luar nikah seperti dilaporkan media. Apa yang lebih memeranjatkan adalah, seorang rocker didakwa merupakan bapa kepada kandungannya itu.
Mahu pemuzik bertanggungjawab
Menurut laporan Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Sofia itu kesal kerana pemuzik kumpulan rock terbabit memutuskan perhubungan mereka selepas mereka berjumpa buat kali terakhir pada 18 April lalu.
Sofia mendedahkan perkara itu kepada media untuk menuntut janji pemuzik berkenaan supaya bertanggungjawab dengan ke atas kandungannya itu.
Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah.
Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya.
Tuntut hak untuk diri dan bayi
Menurut Sofia lagi, dia sudah lama mengenali pemuzik itu namun mereka mula rapat sejak setahun lalu. Tambahnya, dia tidak mahu mengungkit kisah lama namun hanya ingin menuntut hak dia dan bayi.
Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.
Saya tidak minat untuk mengungkit kisah lalu dan kesilapan yang dilakukan. Cuma, saya mahu menuntut hak saya dan bayi yang sedang dikandung ini.
Hanya mahu dinikahi
Ujar wanita ini lagi, dia cuma mahu pemuzik berkenaan menikahinya supaya kandungannya itu mempunyai bapa apabila dilahirkan kelak.
Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan.
Sumber: Berita Harian