berita

‘Dia Ingat Dia Kim Kardashian?’ – Iklan Jual Katil Bayi Isteri Alif Satar Buat Kami Terhibur

March 27th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama Alif Satar makin dikenali dalam industri seni Malaysia. Bukan sahaja boleh menyanyi, malah Alif juga dapat berlakon dengan baik. Tidak hairanlah, kini dia muncul dengan talk show sendiri setiap hari Selasa jam 9.30pm di ntv 7.

Terbaru, adik Alif Satar muat naik insta stories perbualan bersama isteri Alif, Shadila Hadid. Dalam perbualan itu, kakak iparnya meminta dia menjual katil bayi. Namun, ayat yang digunakan Shadila buat kami tergelak besar. Boleh tahan lawak isteri Alif.

Dia ingat dia Kim Kardashian

Katil bayi untuk dilepaskan harga RM1K

Sesiapa yang berminat, boleh beritahu saya

Fakta menarik : Dimiliki oleh bintang Malaysia, Alif Satar. Disentuh lembut oleh isteri Alif pada setiap hari. Dilihat oleh seluruh ahli keluarga  dan kenalan rapat Alif Satar semasa majlis Aqiqah. Guna hanya 37 kali. Masih dalam keadaan baik. Tambah Rm100 untuk melihat kehidupan mereka ketika mengambil katil bayi ini.

Nak lepaskan

Insta stories yang dimuat naik adik kepada pelakon ini menghiburkan hati kami. Lawak lah pulak. Boleh tahan kelakar isteri Alif Satar. Apa apa pun semoga keluarga ini terus bahagia hingga ke Jannah.

Sumber : Ain Satar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×