berita

Dia Sengaja Mahu Putuskan Hubungan Saya Dengan Tunang – Shah Jaszle

June 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shahz-Jaszle-Ditahan-Khalwat-2

Nampaknya kes khalwat melibatkan pelakon drama Asmara, Shah Jaszle dengan seorang wanita menjadi semakin rumit dan berlanjutan.

Jika semalam OHBULAN! ada melaporkan berita mengenai seorang wanita telah tampil mendakwa dirinya sebagai kekasih serta pasangan khalwat yang ditangkap bersama Shah Jaszle, akan tetapi lain pula yang dinyatakan oleh pelakon muda tersebut.

Menurut Shah Jaszle, wanita terbabit sengaja ingin memutuskan hubungannya dengan tunanang dan sekaligus menolak dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan.

Kami kenal tiga minggu saja, jadi bagaimana dia boleh mendakwa kami mempunyai hubungan istimewa? Dia mengeluarkan gambar kami berdua, seolah-olah hendak membuktikan kami mempunyai hubungan intim. Memang saya mengaku itu gambar saya, tetapi ia diambil sewaktu di lokasi penggambaran.

Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami. Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah.

Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan. – Ujar Shah Jaszle menerusi laporan Berita Harian.

Artikel Berkaitan :

Tunang-Shahz-Jaszle-Beri-Peluang-Jelaskan-Isu-Khalwat-truestory.my_

Shah Jaszle bersama tunang, Redzwani Puteri

Melalui laporan yang sama, aktor ini turut menegaskan bahawa dia akan mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan segala kontroversi ini dan akan turut mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa wanita terbabait pernah menghantar khidmat pesanana ringkas berbaur paksaan kepada dirinya.

Saya akan mengemukakan semua bukti, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan yang dihantar kepada saya. Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya?

Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon?

Untuk makluman, Shah Jaszle telah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.30 pagi, 16 Mei lalu di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang, Selangor. 

Pelakon ini juga telah melangsungkan pertunangan dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 dalam satu majlis tertutup.

SKIP THIS AD ×