berita

Dia Tergesa-Gesa Ingin Bernikah Sebab Ada Sesuatu Yang Diharapkan – Joy Revfa

September 16th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis lalu menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy Refva terhadap Hafiz Hamidun. Ini kerana Joy mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu yang juga dalam perbicaraan.

Terbaru menerusi laporan mStar, Joy mendakwa Hafiz Hamidun tergesa-gesa mahu bernikah dengannya kerana inginkan sesuatu. Nak apa?

Mohon selesaikan dengan baik

Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.

Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas… pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai.

Datang berbincang

Pada masa yang sama Joy memberitahu sejak kes ini mula hangat diperkatakan netizen, hanya dirinya sahaja yang berusaha mengambil langkah untuk bertemu dan memuatnak gambar bersama agar tidak dapat dihidu netizen.

Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.

Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.

Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja.

Sumber : mStar

SKIP THIS AD ×