berita

Diana Danielle Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

July 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

DD

Berita baik yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Diana Danielle dan Farid Kamil akhirnya diterima apabila Farid sendiri telah mengumumkan kelahiran putera sulungnya lebih kurang jam 5 petang tadi.

Melalui laman Instagram dan Twitter milik Farid, pelakon itu melahirkan rasa syukur kerana kini telah bergelar bapa.

Screen Shot 2013-07-02 at 19.03.52

Menurut sumber terdekat, Diana telah selamat bersalin secara normal di sebuah hospital di Australia sekitar jam 4-5 petang tadi waktu Malaysia dan Farid mendedahkan berat bayinya adalah 9.7lbs atau 4.39kg. Boleh tahan besar juga anak Farid dan Diana ni ya?

Screen Shot 2013-07-02 at 19.03.30

Screen Shot 2013-07-02 at 19.06.53

Apapun, tahniah diucapkan buat pasangan selebriti ini di atas kelahiran bayi sulung mereka yang sangat comel.

SKIP THIS AD ×