berita

Dikecam Terdesak Gara-Gara Buka Tudung, Ini Penjelasan Ardell Aryana

February 21st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, pelakon cantik Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah telah membuat keputusan memakai hijab sepenuhnya. Perubahan itu dipuji netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan pelakon ini.

Baru-baru ini dia didakwa telah membuka hijabnya kembali dalam satu filem terbaru arahan Waan Hafiz. Ramai netizen mengecam tindakan pelakon ini yang dikatakan terdesak ingin berlakon. Ini respon dari Ardell sendiri.

Dikecam buka tudung

Bersedia untuk dikecam atau tidak, ramai beranggapan saya buka tudung dalam lakonan sebab terdesak tiada tawaran.

Menerusi Harian Metro, Ardell Aryana berharap peminat tidak menghukumnya kerana tampil tidak bertudung dalam filem terbaru, Surf This Love Gelora Juara. Dia turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh sesetengah netizen yang beranggapan dia terdesak membuka tudung kerana tawaran berlakon.

Penggambaran tahun 2016

Padahal filem ini menjalani penggambaran pada 2016 yakni sebelum saya ambil keputusan untuk bertudung pada akhir tahun lalu.

Dia turut memaklumkan bahawa filem itu dibuat pada tahun 2016 iaitu sebelum dia mula berhijab. Disebabkan itu juga, penampilan fizikal dan wajah di dalam filem agak berbeza dengan penampilannya pada masa ini. Filem bakal ditayangkan Khamis ini menampilkan Ardell sebagai gadis yang meminati sukan luncur air.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×