berita

Dilantik Sebagai Menteri Belia & Sukan Pada Usia 26 Tahun, Syed Saddiq Padam Rekod Najib

July 2nd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Paling menarik perhatian adalah ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan sekaligus menjadikan beliau menteri termuda dalam sejarah pentadbiran Malaysia. Wow baru 26 tahun!

Padam rekod Najib

Menerusi laporan Berita Harian, Syed Saddiq dilaporkan telah memadam rekod yang dipegang Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada usia 25 tahun. Manakala pada usia 33 tahun pula, DS Najib menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Mengulas isu tersebut Syed Saddiq memberitahu, penampilan beberapa pemimpin muda dalam Kabinet membuktikan corak pentadbiran kerajaan adalah menyeluruh.

Saya baru saja selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai anggota Jemaah Menteri dan bakal menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi penggal ini.

Saya memanjatkan rasa penuh syukur dan takzim ke hadrat Ilahi atas pelantikan ini, sesungguhnya ia adalah amanah yang amat berat untuk saya pikul, namun ia berupaya digalas serta percaya kejayaan akan diraih bersama-sama seluruh anggota Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu pasukan.

Sandang jawatan menteri penuh termuda di Malaysia

Syed Saddiq menambah lagi, pelbagai dasar dan rancangan untuk belia akan diangkat selain menjadikan golongan muda sebagai peneraju utama agenda pembangunan negara.

Kerajaan juga berazam untuk memperjuangkan sukan tempatan secara lebih menyeluruh dan adil, malah Malaysia akan terus menempa kejayaan dalam pelbagai bidang seperti aspek pengurusan, kemudahan dan hal ehwal atlet yang menjulang kejayaan di arena tempatan dan antarabangsa.

Nasib golongan atlet akan terus dibela dan dijaga.

Selepas dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan ke-18, Syed Saddiq  tidak mempunyai banyak masa apabila bakal menerima tugasan besar pertama ketika kontinjen negara akan bersaing pada Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×