berita

Dipaksa Tidur Hanya Pakai Spender, Tegar Didera Secara Seksual Oleh Pengurus

March 12th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

tegar

Sebelum ni tersebar desas desus yang mengatakan penyanyi Indonesia, Tegar menjadi mangsa penderaan seksual oleh pengurusnya, Muhammad Arif Dollah atau dikenali sebagai AD.

Terbaru, Tegar bersama ayahnya tampil membuat laporan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Mahu Teman Tegar Mandi

pengurus

Penderaan seksual terhadap Tegar yang dilakukan oleh pengurusnya didakwa berlaku di Malaysia sekitar November hingga Januari lalu.

Tambah Tegar lagi, dia dipaksa hanya memakai seluar dalam ketika tidur dan AD didakwa mahu menemani Tegar mandi.

Di hotel setiap Tegar mau tidur pakai kolor nggak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celana dalam.

Kalau Tegar tidur suka deket-dekat, (maaf) nempel di dubur tegar. Setiap Tegar mau mandi dia juga nemenin.

Barang Tegar Turut Dicuri

tidur

Menurut jurucakap Komnas Pa, barang-barang milik Tegar seperti gitar, laptop dan kamera turut hilang dipercayai dilarikan oleh AD. Kes kecurian tersebut bakal diserahkan kepada pihak berkuasa.

Terjadi kekerasan seksual oleh personal manager inisial AD terhadap Tegar. Selain itu ada barang-barang yang hilang, gitar kesayangan berharga 45 juta merupakan sumber inspirasi lagu-lagu Tegar. Laptop dan kamera yang ada di apartemen Tegar.

Tegar turut dihalang untuk pulang ke Indonesia selepas tamat mengadakan persembahan di Malaysia dan tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarganya.

Kami pasti pendedahan daripada Tegar ini menjawab segala spekulasi yang selama ini bertiup kencang di internet.

Kita tunggu reaksi daripada pengurus Tegar yang sebelum ini bermati-matian menafikan dakwaan menganiaya Tegar.

https://www.youtube.com/watch?v=xNO2mfftAW0

SKIP THIS AD ×