berita

Disahkan Bercinta Dengan Lee Dong Wook, Suzy Dikecam Peminat Seluruh Dunia?

March 9th, 2018 | by Shafika
K-POP

Siapa yang meminati dunia hiburan Korea, pasti kenal dengan pelakon drama Goblin, Lee Dong Wook. Semalam, viral di media sosial apabila dia disahkan bercinta dengan penyanyi cantik, Suzy. Kalau sebelum ini Suzy pernah bercinta dengan Lee Min Ho, namun percintaan mereka gagal 3 bulan yang lalu apabila disahkan putus.

Ramai juga peminat yang terkejut dengan khabar berita ini. Tak kurang juga yang menganggap Suzy ‘playgirl’. Bayangkan baru sahaja putus, dah bercinta balik dengan pelakon hit Korea. Untunglah orang cantik.

Dilihat bersama

Laporan eksklusif oleh Laporan TV menyatakan bahawa dua bintang hits ini telah jatuh cinta. Laporan TV juga melihat Suzy dan Lee Dong Wook di Cheongdam-dong bersama. Kedua-duanya dilaporkan sangat berhati-hati dengan sekelilingnya namun gagal menyembunyikan hubungan mereka berdua.

Ada dakwaan media menyatakan bahawa Lee Dong Wook tertarik dengan keperibadian Suzy. Walau bagaimanapun, dia mengatakan bahawa Suzy merupakan orang pertama yang berani meluahkan perasaan terhadap dirinya.

Buat pengetahun korang, mereka pernah digadingkan bersama dalam program realiti, Strong Heart pada tahun 2012.

Bertemu dalam perhimpunan peribadi

Baru-baru ini Lee Dong Wook dan Suzy bertemu antara satu sama lain pada perhimpunan peribadi. Dari situ, mereka terus mengenali satu sama lain dan jatuh cinta.

Menurut agensi Lee Dong Wook, King Kong Entertainment mengesahkan hubungan mereka berdua. Pihak agensi turut memberitahu mereka telah berjumpa dalam perhimpunan peribadi.

Respon peminat

Sumber : Korea Boo

The following two tabs change content below.

Most Read Today