berita

Diskaun Sampai 95%, Big Bad Wolf Bakal Buat Cuti Sekolah Anak Lebih Enjoy!

November 27th, 2017 | by Epul
Kini Trending

‘Ulat buku’, berita baik untuk korang! Sila alert acara paling ditunggu-tunggu setiap tahun, pameran dan jualan buku terbesar Big Bad Wolf kini kembali lagi bermula 7 pagi pada 8 Disember hingga 11:59 malam, 18 Disember 2017. Kat mana? Macam biasalah MIECC, The Mines tempat paling strategik dan disukai ramai!

Non-stop sale selama 10 hari beb, shopping lah korang sampai muntah!

Ini sebab kenapa korang kena datang Big Bad Wolf…

Betul, kitorang tak tipu. Memang Big Bad Wolf kali ni diorang bagi diskaun kaw-kaw punya dari 75% hingga 95% beb! Bayangkan buku favourite yang selalu korang tengok kat kedai buku biasa dijual dengan harga RM90, tolak 95% jadi RM9.50 je weh! Tak percaya lagi? Baca sendiri kenapa korang kena datang Big Bad Wolf kali ni…

1. Harga buku yang memang berpatutan
Korang memang takkan jumpa mana-mana kedai buku yang jual ‘harga runtuh’ macam kat Big Bad WolfConfirm! Pernah jumpa novel trilogy dijual pada harga murah gila, padahal selalu mahal kan? Kat Big Bad Wolf je murah…

2. Baaaanyak gila genre dan pengarang best-best!
Nak cari buku indie atau cinta untuk girlfriend/boyfriend korang baca? Kat Big Bad Wolf ada jual, contohnya nukilan John Green dan ramai lagi!

3. Susah cari sesetengah tajuk buku kan? Kat Big Bad Wolf ada…
Bila pergi kedai buku nak cari tajuk Twilight atau The Hunger Games, mesti habis. Kalau ada pun, mahal gila! Kat Big Bad Wolf, korang mungkin boleh beli pada separuh harga atau lagi murah!

Haa, ni lagi satu rumors yang selalu korang dengar pasal Big Bad Wolf. Diorang jual buku secondhand, sebab tu harga dia murah gila! Tapi sebenarnya diorang jual buku baru yang elok lagi okay! Datang dan belek sendiri mana yang korang berkenan. Tengok lah sendiri elok ke tak elok…

Big Bad Wolf kali ni bukan jual buku je…

Salah satu mesej yang Big Bad Wolf nak sampaikan pada orang ramai adalah mereka nak galakkan orang dari pelbagai peringkat umur untuk membaca. Oleh itu, diorang bukan jual buku je kali ni. Tapi, korang boleh hang out dengan kawan, keluarga dan anak-anak sebab ada macam-macam aktiviti menarik disediakan tau!

Memandangkan 60% dari buku yang dijual untuk kanak-kanak, apa salahnya korang satu keluarga lepak makan, minum dan borak-borak sambil tengok anak main game atau baca buku. Banyak game menarik dan jualan makanan sedap-sedap supaya korang boleh lengahkan masa kat situ… Mesti happening nanti!

Membaca jambatan ilmu dan boleh buat korang bertukar dari ‘BAD’ ke ‘BADASS’. Macam mana tu?


Nak masak tapi tak reti? Bila beli buku yang bersesuaian dengan minat korang, mesti terus menjadi masakan korang tu!

Bila ilham nak berkarya ada, tapi tak tau macam mana teknik asas melukis. Beli la satu buku sebagai ‘guru’ korang. Murah je!

Nak menggatal tapi tak reti mengayat. Haa, macam mana tu? Korek sikit ilmu dalam buku…

Kat mana korang boleh dapat semua ni? Kat Big Bad Wolf lah bermula 8 Disember nanti kat MIECC, The MinesMark kalendar korang okay!

Check out laman event Big Bad Wolf tau kalau takut-takut korang lupa. Eh, OHBULAN pun ada bagi tiket eksklusif ke preview sale sehari sebelum event pada 7 Disember bermula 7 pagi hingga 11 malam, boleh lah beli awal dari orang lain kan! Check out SINI (landing URL to OHBULAN social media contest)

Layari laman web Big Bad Wolf dan Facebook Big Bad Wolf kalau nak tau update dan maklumat lanjut okay. Jumpa kat sana!

SKIP THIS AD ×