berita

Disuruh Baca Al-Quran, Diana Danielle Tegur ‘Keyboard Warrior’

December 18th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebagai selebriti, apa sahaja yang dipertontonkan di hadapan orang ramai pasti akan menjadi perhatian. Kebanyakan artis mengambil pendekatan untuk tidak mengambil pusing kata-kata negatif yang dilontarkan netizen di ruangan maya. Akan tetapi, apabila sesuatu komen itu dianggap ‘keterlaluan’, maka bersedia untuk terima padahnya.

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle ada memuat naik sebuah foto di akaun Instagram miliknya yang menampakkan pelakon jelita itu tanpa secebis sentuhan solekan. Ramai memuji kecantikan Diana dan menyifatkannya sebagai seorang yang memiliki ‘natural beauty’. Namun, disebalik kata-kata positif yang diterima, terselit suatu komen yang agak ‘pedas’. Tidak berdiam diri, pelakon itu tampil memberi reaksi ‘Win’.

Kongsi foto ‘make-up free’..

Tahu dengan sikap segelintir netizen yang suka sahaja memberi komen negatif, Diana menerusi kapsyen fotonya itu akui tidak mengenakan ‘make-up’ sebelum netizen sempat untuk berkata apa-apa. Sungguhpun begitu, hal ini tidak menghalang segelintir daripada mereka yang acah ‘hebat’ untuk memberikan komen berbaur sindiran.

Disuruh baca Al-Quran..

Ibarat buku bertemu dengan ruas, Diana kemudiannya dengan selamba membidas balik komen tersebut dengan nada sinis: “@ameesu11_1993 jadi apa kamu buat dalam Instagram saya?”, tulisnya. Paling ‘Win’, adalah apabila pelakon jelita itu memusing kembali komen itu dengan menyuruhnya sahaja membaca Al-Ouran.

‘Buat apa di sini, pergi baca Al-Quran’

Kan dah sentap? Biasalah, bila dah public figure ni, mereka yang bergelar ‘keyboard warriors’  berminat sahaja untuk memberi komen tanpa memikirkan perasaan orang yang menerimanya. Bila kena balik, kan dah malu? Sebaiknya fikir dahulu sebelum nak menulis sesuatu komen, kalau tidak, tidak pasal-pasal sahaja kena ‘burn’.

Sumber: Instagram Diana Danielle

SKIP THIS AD ×