berita

Ditahan Kerana Didakwa Memasuki Syria Secara Haram, UNIC Pohon Doa Rakyat Malaysia

December 15th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kita semua tahu tentang betapa dasyatnya pergolakkan yang berlaku di Timur Tengah terutamanya melibatkan negara Syria dan Palestin. Keadaan di sana amatlah memilukan apabila mereka terpaksa hidup di dalam ketakutan serta barang keperluan yang terhad.

Malaysia merupakan salah satu negara yang sering menghantar misi kemanusiaan untuk sedikit sebanyak mengurangkan derita yang ditanggung oleh masyarakat di sana. Kini, giliran kumpulan nasyid popular UNIC pula untuk ke Syria bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan mereka. Tapi yang paling mengejutkan, UNIC menerusi Instgram mereka memberitahu yang kini mereka sedang ditahan. Tapi kenapa?

Lapor ke balai polis

https://www.instagram.com/p/BcrYEAflOFF/?taken-by=unicofficials

Rupa-rupanya UNIC di tahan kerana didakwa telah memasuki negara Syria secara haram. Menurut salah seorang ahli kumpulan UNIC Bazli, mereka langsung tidak menyedari apa yang terdapat dibelakang pasport mereka bertiga. Setelah dibelek, baru mereka sedar yang rupa-rupanya terdapat satu cop meminta mereka untuk melapor diri di balai polis berdekatan.

Satu kesilapan besar UNIC baru perasan, di pasport kita sebenarnya ada tulis sila ke balai polis untuk sahkan, bagi semua rakyat Malaysia doakanlah. Kita di negara orang ni macam-macam boleh jadi, tambah negara perang pula, isu perang pula. Lebih ketat dengan isu Palestin itu lagi, jadi kami harap sangat doa daripada anda.

Membantu melaksanakan satu misi?

https://www.instagram.com/p/BcrB11Kleb5/?taken-by=unicofficials

Bazli turut berkata kemungkinan besar logo Misi Care yang telah menyebabkan ahli imegrasi di sana mula syak mereka memasuki negara tersebut secara haram. Mereka turut disyaki membawa alat-alat keperluan untuk membantu dan melaksanakan satu misi.

Oleh kerana kurang pengalaman, ada diantara mereka yang menjawab dengan sejujurnya sehingga tidak perasan bahawa mereka telah di cop dan dikehendaki untuk ke balai polis berhampiran terlebih dahulu.

Doa rakyat Malaysia

https://www.instagram.com/p/Bcr7G_XFd1H/?taken-by=unicofficials

Kami mendoakan agar mereka bertiga selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Jadi, marilah sama-sama kita kirimkan doa agar segala usaha UNIC ini berjalan lancar dari awal hinggalah tiba di tanah air nanti.

Sumber: UNIC

SKIP THIS AD ×