berita

Ditanya Netizen Berapa Nilai Hantaran Dirinya, Ini Respon ‘Win’ Dr Amalina

January 10th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Dr Amalina Bakri boleh dijadikan ikon wanita berjaya kebanggaan Malaysia. Pernah menggegarkan negara dengan kecemerlangannya dalam SPM 2004, dia kini terus melakar kejayaan sebagai doktor bedah di Kota London, United Kingdom.

Sudahlah pandai dan bekerjaya, ada yang tertanya-tanya sudah tentunya hantaran wanita ini melambung-lambung tinggi. Iyalah, kalau diikutkan amalan masyarakat kita, begitulah, semakin tinggi pendidikan, semakin tinggilah nilai hantaran. Tapi adakah Amalina sama dengan gadis lain di luar sana?

Wanita bukan objek

Soal nilai hantaran ini ditimbulkan oleh seorang pengikutnya di laman Twitter. Amalina kemudian membalas dan mengatakan nilai hantaran tidak patut dijadikan satu isu. Apa yang penting baginya adalah hubungan terbina berkekalan.

Tambahnya lagi, wanita tidak wajar dijadikan seperti objek manakala duit hantaran tidak bermakna wanita diletakkan nilai yang lebih berbanding wanita lain.

Kalau macam tu, kahwin RM50 la

Jawapan Amalina berkenaan membuatkan seorang netizen tidak senang dan menyelar penuh sindiran. Katanya, untuk membuktikan kenyataan berkenaan, Amalina patut berkahwin dengan hantaran serendah RM50. Cakap serupa bikin kata orang.

Akan ada sumbangan dua-dua belah pihak, bukan macam duit hantaran

Amalina kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan mengatakan dia akan berkahwin apabila sudah bersedia. Ujarnya, akan ada sumbangan kedua-duanya dia dan pasangan dan tidak hanya sebelah pihak, seperti diamalkan dalam duit hantaran. Dia mengingatkan dia berkemampuan membayar dan begitu juga pasangannya nanti.

Nak buat besar-besaran kenalah dua-dua bagi sumbangan

Menurutnya lagi, apabila pasangan pengantin membuat keputusan mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran, keduanya perlu menyumbang dari segi kewangan. Dia malahan sempat bertanya dalam nada menyindir, bukankah perkara itu sesuatu yang perlu dibanggakan jika memiliki isteri yang tidak terlalu bergantung pada lelaki semata.

Sumber: Dr Amalina Bakri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×