berita

Ditegur Tumpahkan Perfume Dalam Handbag, Lihat Cara Anak Shera Aiyob ‘Pujuk’ Ibunya

June 11th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Anak lelaki kepada pasangan pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob ini telah mencuri perhatian ibunya untuk berkongsi momen comel Nadi Anaqi di media sosial. Anaqi telah menghempas beg tangan dan secara tidak sengaja juga telah memecahkan botol minyak wangi milik ibunya sehingga membuatkan Shera Aiyob berasa sedih dan marah.

Lihat tindakan comel Anaqi memujuk ibu, Shera Aiyob dengan cara yang paling sweet. Mesti ikut perangai Zahiril Adzim kan…

Dia hempas beg mama…

Mungkin dia tak sengaja

Pengajaran untuk dia

Cerita siang tadi.
.
Siapa yang tertengok instastory Mommy tadi mesti tahu kes hempasan handbag Mommy oleh Anaqi. Secara tidak sengaja mungkin tapi walau apapun tetap perlu dijadikan pengajaran untuk dia supaya lebih berhati-hati.

Dia cuba membeli jiwa mommy

Sebelum berlakunya insiden tersebut, Mommy and Anaqi dah plan nak beli aiskrim sebelum ke bazaar raya. Tapi bila dah jadi, memang tak dapatlah sesi beli aiskrim tu.
.
Bila dah sampai bazaar, dan dalam kesibukan Mommy melayan customer yang singgah di booth, rupa-rupanya dalam diam ada percubaan membeli jiwa Mommy oleh Anaqi. Idea dia sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Disuruhnya Mommy baca, tersengih dan berbungalah hati Mommy.

Ais krim kad untuk mommy

Alahai anak, siap buat ice cream card bagai semata-mata nak dapatkan juga aiskrim tu. Hurmmm, tengoklah esok macam mana kalau mood Mommy baik.
.
Yang penting, tiba-tiba dia tulis Daddy’s song ‘Nak Ke Taknak Lepak Mamak’ tu dah kenapa??? Apakah??? Nampak sangat Daddy selalu nyanyi lagu tu dengan Anaqi.

Sumber: Shera Aiyob

The following two tabs change content below.

Most Read Today