berita

Ditinggalkan Kekasih Curang, Nad Zainal Dah Jumpa Pengganti

May 22nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Tuan Rumah Pembantu Rumah 1

Dah dapat kekasih comel macam Nad Zainal pun, ada juga yang sanggup tinggalkan dan curang dengan perempuan lain.

Mujurlah Nad tak mengambil masa lama untuk merawat kesedihan dan bakal bercinta dengan orang lain pula.

Tapi sebelum pembaca tersalah faham, kisah Nad ditinggalkan ini adalah jalan cerita untuk drama terbaru untuk slot Dramady di TV3 yang berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah.

Tuan Rumah Pembantu Rumah 8

Drama 24 episod ini merupakan adaptasi daripada novel popular hasil nukilan penulis hebat, Orkid Edyliyne yang turut menampilkan Zoey Rahman, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.

Mengetengahkan genre romantik komedi, TRPR yang diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) ini mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa apabila tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zamzam).

Tuan Rumah Pembantu Rumah 9

Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. Selepas bersungguh-sungguh mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya, Areen kemudian dipilih menjadi pembantu rumah.

Hari pertama bekerja, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan.

Sejak daripada itu, Areen menyimpan dendam terhadap Emir. Tambahan pula, Emir gemar mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Tuan Rumah Pembantu Rumah 6

Tanpa mengetahui bahawa Areen sebenarnya anak orang berada, Emir semakin ligat mengenakan pembantu rumahnya itu.

Suatu hari, pemandu peribadi keluarga Emir, Lut (Syafiq Kyle) jatuh cinta pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata.

Disebabkan cemburu, Emir mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan kedua-duanya tidak mempunyai hubungan istimewa.

Tuan Rumah Pembantu Rumah 7

Ketika Emir sedang menyimpan perasaan terhadap Areen, secara tiba-tiba Taufeeq kembali dan cuba memenangi semula hati bekas tunangnya itu.

Siapa yang Areen akan pilih untuk menjadi teman hidupnya, Taufeeq, Lut atau Emir? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini mulai 31 Mei 2014 pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6 petang.

SKIP THIS AD ×