berita

Dituduh Jadi Perosak Hubungan Zul Ariffin-Zahirah Macwilson, Gayatri Bidas Khabar Angin

April 15th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Terlerai ikatan cinta Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson menimbulkan tanda tanya dan spekulasi mengenai puncanya. Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai peminat dan pengikut tersendiri, mereka tidak dapat lari dari khabar angin mengenai sebab mereka tidak lagi bersama.

Turut terkena tempias adalah wanita yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan Zul, Gayatri Su-lin Pillai yang dikatakan menjadi punca Zul-Zahirah putus.

Berkawan dengan Zul hampir sedekad

Menurut Harian Metro, Gayatri menafikan dakwaan dia menjadi orang ketiga dalam hubungan Zul sehingga memecah-belahkan ikatan rakannya itu. Tambahnya, dia telah berkawan rapat dengan aktor itu hampir 10 tahun dan tidak sepatutnya wujud istilah orang ketiga dalam hubungan Zul.

Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi dan berjumpa atas urusan kerja.

Terima kembali Zul?

Gayatri juga turut diaju soalan sama ada dia bersedia menerima semula Zul dalam hidupnya setelah aktor itu kembali solo namun dia lebih senang untuk memberi Zul ruang untuk fokus dalam karier.

Soalan ini juga ditanya pada Zul yang baru memberi kenyataan dan boleh dipusing lagi seperti Zul akan beralih dengan cepat dan saya rasa ini kurang sesuai. Biarlah dia diberi ruang sedikit untuk fokus kepada kerjayanya daripada fikirkan soal cinta dan saya pun tidak fikir ke arah itu.

Tak marah diprovokasi di media sosial

Gayatri juga meluahkan dia tidak terasa hati atau marah dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai Zul. Baginya, dia tidak mahu membuang masa melayan provokasi oleh mereka yang hanya berani di alam maya.

Saya tidak marah atau berkecil hati. Walaupun dari dulu saya kunci mulut dan tidak memberikan komen mengaibkan sesiapa, saya tetap menerima provokasi serta hinaan melalui media sosial.

Namun begitu, saya tidak mengambil pusing atau melayan sebarang bentuk provokasi, kerana bagi saya tidak guna membuang masa melayan mereka yang hanya berani di media sosial namun tidak berani untuk bersemuka dengan saya sendiri.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×