berita

Dituduh Perkenal Izreen-Ude, Rita Jumpa Intan Lerai Kekusutan, Kongsi Tips Tuntutan Mahkamah

March 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Selepas Izreen Azminda menyahaktif akaun Instagramnya apabila teruk dikecam gara-gara rumah tangganya, Rita Rudaini pula menjadi tempat netizen melampiaskan kemarahan. Perkara itu berlaku dipercayai kerana ramai beranggapan Rita tidak menasihati Izreen dan terbabit dalam mengenalkan Izreen dan Ude.

Rita baru-baru ini ada memuatnaik fotonya bersama madu Izreen, Intan Liana Salleh bersama anggota keluarga Intan yang lain. Foto itu nyata mengejutkan kerana netizen sebelum ini menyangka Rita sudah tentunya berpihak kepada Izreen.

Rita dituduh perkenalkan Izreen kepada Ude

Cerita Rita kepada Berita Harian, dia sudah lama mengenali pelakon Nazia Mustafar yang kebetulannya biras kepada Intan. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Rita berkata, pertemuannya dengan Intan tidak bermaksud memberi kesan kepada mana-mana pihak.

Saya berkawan baik dengan Nazia Mustafar sejak masih bujang. Secara kebetulan, Nazia adalah biras kepada Intan. Kakak Intan, Roza Saleh yang juga seorang penyanyi, sudah lama saya kenal.

Sebelum ini, saya dengar cerita keluarga Intan yang kononnya bengang dan menuduh saya mengatur perkenalan serta perancang perkahwinan Izreen dan Ude.

Nasihat kepada Izreen seperti mencurah air ke daun keladi

Terkesan dengan kontroversi Izreen, Rita mengakui dia menerima pandangan serong daripada orang sekeliling yang beranggapan negatif terhadap dirinya.

Diakui, saya terbeban apabila menerima serangan netizen tanpa pembelaan. Ketika itu, Nazia menghulur tangan mahu membantu membersihkan nama saya. Nazia mengatur pertemuan dengan Intan dan keluarganya. Dia mahu saya menjelaskan kedudukan sebenar.

Seperti yang dinyatakan, saya sudah menasihatkan Izreen, ambil hak orang, kena mengalah. Tetapi nasihat saya bagaikan mencurah air di daun keladi.

Intan minta tips tuntutan mahkamah

Ujar Rita lagi, dia berjumpa Intan setelah diminta Intan bagi mendapatkan pendapat Rita berkenaan urusan mahkamah yang akan dihadapinya tidak lama lagi.

Intan minta Nazia aturkan pertemuan dengan saya. Dia mahu meminta tip dan pandangan terhadap tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah kerana dia tidak berpengalaman.

Saya hanya berkongsi pengalaman turun naik mahkamah selama bertahun-tahun.

Sumber: Berita Harian, Intan Liana Salleh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×