berita

Dituduh Sebar Screenshot Status #PehaMelimpah, Pengurus Che Ta Buka Mulut

April 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Media sosial kembali kecoh apabila pengkritik fesyen Zaihani M Zain menyeret pengurus Rozita Che Wan sebagai dalang yang menyebarkan screenshot status Facebooknya yang berbaur penghinaan kepada individu bersaiz besar.

Artikel berkaitan: ‘Luaq Dalam Sama Buruk, Kedut..’ – Pengurus Dituduh Sebar Status, Ini Respon Che Ta

Tindakan Zaihani itu kemudiannya mengundang kemarahan Che Ta yang berang nama pengurusnya terpalit sama meskipun Zaihani sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum ini.

Fikir dulu sebelum buat statement di media sosial

Pengurus Che Ta, Afiq Wahab bercakap kepada Sinar Harian mengatakan tindakannya hanya meluahkan apa yang dirasakan, sama seperti dilakukan Zaihani.

Kenapa bila saya naikkan status tersebut di Instagram (personal), dia nak larang, sedangkan dia naikkan kata-kata tersebut kat FB (personal), saya tak larang pun.

Pandai bersuara pandai terima la.  Kalau rasa apa yang saya buat ni jahat fikirkan dulu sebelum keluarkan apa apa kenyataan di media sosial. Dan bukan saya yang sebarkan status dia.  Saya hanya react status dia sahaja.  Too bad la benda tu jadi viral.

Saya tak rasa mereka bodoh kot

Dalam screenshot yang dimuatnaik Che Ta semalam, Zaihani tidak hanya mengaitkan nama Afiq, malahan menyeru pereka fesyen untuk tidak meminjamkan baju sekiranya diminta oleh lelaki itu. Namun bagi Afiq, dia yakin pereka tempatan tidak akan ambil pusing dengan seruan itu.

Sebenarnya saya yakin yang ramai designer kat tanah air ni tak akan turut serta ban saya sebab mereka juga perlukan artis saya untuk pakai baju mereka.  Takkan nak suruh dia pakai untuk promote kan?

Antara saya dengan designer kami bantu membantu sebagai satu team.  Tapi kalau ada yang nak ban terpulanglah.  Saya tak rasa mereka bodoh kut sebab saya tak ada masalah dengan mereka.

Persoal permohonan maaf

Afiq juga mempertikai permohonan maaf wanita yang mesra dipanggil Kak Zai dalam kalangan komuniti fesyen tempatan itu. Baginya permohonan maaf dibuat dan kemudiannya menghasut pihak lain membenci dirinya adalah sesuatu yang tidak ikhlas.

Yang saya nak persoalkan sekarang mana keikhlasan sepuluh jari yang dia susun tu? Dengan menghasut orang untuk ban saya? Minta maaf kemudian menghasut.

Saya hanya nak minta jika buat sesuatu biar ikhlas jangan berdasarkan apa yang disuruh oleh orang sekeliling.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×