berita

DM Tak Jawab, Komen Dipadam – Pereka Fesyen Dakwa Erin Malek Gagal Bayar Hutang, Baju Tak Dipulangkan?

November 11th, 2017 | by Arini Saleh | 0 comments
48.6K
reads
191
shares
Isu & Kontroversi

Semenjak mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati Farriz Fauzy tiga tahun lalu, pelakon jelita Erin Malek nampaknya menyepikan diri dalam bidang lakonan. Namun di instagram, Erin tetap aktif berkongsi foto-foto keluarga kecilnya yang comel itu. Kami percaya pasti ramai yang merindui lakonan Erin di kaca televisyen kan?

Terbaru, Harian Metro melaporkan Erin Malek didakwa gagal melunaskan hutang perkahwinan berjumlah RM50k. Hutang apa pula ini?

Didakwa gagal bayar hutang

Pereka fesyen dan pemilik butik Azura Couture mendakwa Erin Malek gagal melunaskan hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan 3 tahun lalu.

Namun, selepas tindakan guaman diambil, mereka menjalani proses mediasi dan Erin bersetuju untuk membayar RM50,000.

Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan.

Namun, sehingga ke hari ini Erin masih gagal membayar hutang seperti yang dijanjikan.

Baju tak dipulangkan?

Tambah Azura, berikutan Erin meminta harga dikurangkan, mahkamah mengarahkan Erin memulangkan baju perkahwinan yang dihasilkannya.

Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan

Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya.

Sebelum ini, Azura sudah cuba menjejaki Erin melalui instagram namun tiada sebarang respon. Komen yang ditinggalkan juga telah dipadam membuatkan Azura terpaksa mengambil tindakan mahkamah.

sumber : Harian Metro