berita

‘Doktor Sahkan Anak Saya HIV’ – Suami Berzina Dengan Wanita Lain, Ini Derita Perlu Ditanggung Isteri

November 18th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Wanita adalah ciptaan Allah yang sungguh indah. Tersemat pelbagai sifat murni; insan yang berhati lembut, penyayang, murah hati dan mudah memaafkan. Sekalipun seseorang itu menyakiti hatinya, seorang wanita itu bisa memaafkan walaupun yang menyakiti itu si suami sendiri.

Namun, berapa ramai yang sanggup membawa diri memaafkan sang suami yang terlanjur berzina dengan wanita lain dengan alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami? Perkongsian wanita ini akan membuatkan anda menitis air mata kagum.

Kantoi berzina, dimaafkan kerana masih sayang suami

Gambar Hiasan

Nama sy aina, sy mempunyai 2orang anak, kakak berumur 6tahun, arwah adik (lelaki) pula berumur 11bulan. Sy telah bercerai dengan suami selepas anak lelaki sy meninggal kerana penyakit yg bekas suami sy share kepada kami… Sebelum berpisah, Bekas suami sy kantoi berzina dengan perempuan lain ketika anak lelaki sy baru berumur 4bulan… Sy maafkan perbuatan suami sy dengan alasan paling bodoh seperti wanita Di luar sane iaitu alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami sy berjanji takkan mengulangi nye lagi dan sy percaya dengan janji BODOHNYE…

Selepas kejadian itu, kehidupan Aina kembali seperti biasa sehinggalah…

Dr mengesahkan anak lelakinya hidap HIV

Gambar Hiasan

(sambungan) …ank lelaki baru masuk 6bulan baru ujian datang kepada sy, badan anak berkudis dan sy menghantar nye ke clinic tapi doctor kate mungkin sebab ruam dan ank garu sehingga menjadi kudis. Tapi lame kelamaan kudis itu bernanah dan berbau, ank sy demam panas dan cirit birit yg teruk, sy bawak ke hospital dan doctor mengesahkan ank sy ade HIV, hanya Allah saja tahu perasaan sy mase tu. Sy pun check diri sy AND YESSS sy pun DAPAT!!! doctor beritahu, ank sy dapat penyakit dari sy melalui susu badan yg sy bagi… 

Bekas suami sy menuduh sy curang dan mendapat penyakit tu dari hasil kecurangan, bekas suami amat marah kerana dia pun dapat penyakit itu tapi alhamdulillah ank perempuan sy tidak ade penyakit itu. Hari terus berlalu dan akhirnye ank lelaki sy meninggal ketika 8bulan…

Innalillah. Cukup tragis! Insan tidak bersalah menerima padah mereka yang pentingkan diri. Menerusi perkongsian wanita ini, difahamkan sesudah selesai pengebumian anak lelakinya, bekas suami mula sedar dan memohon ampun kepada arwah atas kesalahan yang dilakukannya sambil mengakui menjadi penyebab kematiannya. Sudah terlambat, bukan?

Nasi sudah menjadi bubur

‘maaf kan papa, semua salah papa, kalau lah papa tak berzina ank papa akan hidup lame’

Bekas suami juga turut akui masih berzina dengan perempuan yang sama.

Akui masih berzina

Selepas kami pulang ke rumah, sy bertanye kepada bekas suami adakah dia berzina lagi dengan perempuan itu… Bekas suami mengaku yg dia still berzina dengan perempuan tu dan dapat penyakit dari perempuan itu.. Sy pergi ke mahkamah untuk tuntut cerai dan akhirnye kami berpisah.

Bercerai sudah, takkan sesekali kembali bersama

Sudah 3bulan arwah ank lelaki sy meninggalkan sy dan bekas suami tidak habis2 ajak berbaik dan ingin bersama sama sy hingga dia pergi selamanye. Sy takkan sesekali kembali kepada penyebab kematian ank sy… Ank perempuan sy, sy serahkan kepada kakak sy kerana takut dia dijangkiti dari sy nanti..

Dalam perkongsiannya, Aina menyatakan andai dia mampu putar masa, dia tidak akan sesekali memaafkan bekas suaminya itu.

Maaf kan mama wahai ank2 mama disebabkan alasan bodoh yg mama masih sayangkan papa dan anak masih kecil lah, mama hilang ank2 mama.

Pengalaman pahit menerima si bekas suami buat kali kedua membuka hatinya untuk memberi pesanan kepada kaum wanita di luar sana untuk berfikir sehabis baik sebelum menerima suami yang pernah berzina. Tambahan itu, dia turut menasihati para isteri untuk melakukan ujian HIV terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menerima semula si suami.

Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga

SKIP THIS AD ×