berita

‘Don’t Miss Me Okay, Love?’, Rupanya Mesej Mira Filzah Ini Untuk…

April 24th, 2018 | by faris
Kini Trending

Mira Filzah baru-baru ini seperti menguatkan lagi gosip dia kini sedang dilamun cinta dengan pelawak Zizan Razak. Tindakannya memuatnaik IG story seolah-olah ‘membalas’ IG story Zizan membuatkan ramai yang mengandaikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Artikel berkaitan: Beri ‘Hint’ Rindu-Rinduan, Zizan Razak & Mira Filzah Dilamun Cinta? Sweet Sangat!

Tidak mahu terus berteka-teki, Mira menjawab gosip yang ditimbulkan itu untuk terus mengelakkan salah faham dalam kalangan peminat.

Bukan untuk Zizan

Bercakap kepada Harian Metro, Mira berkata IG story ‘Don’t miss me okay, love?’ tidak ditujukan kepada pelawak berkenaan seperti yang disangka ramai pihak. Tambah pelakon Cinta Si Wedding Planner ini, status itu adalah mesej umum dan tidak berniat disampaikan kepada sesiapa secara spesifik.

Status itu bukan untuk Zizan. Kami hanya berkawan biasa saja.

Buat masa ini saya juga tidak ada apa-apa yang mahu umumkan mengenai hubungan dengan sesiapa kerana fokus kini adalah kerjaya.

Zizan seorang yang baik

Gosip berkenaan bertebaran di laman sosial apabila Zizan menaikkan story dengan ungkapan ‘Sure i miss you sweet heart’, sekaligus menguatkan lagi gosip berkenaan.

Walaupun mengaku berkawan seperti biasa, menurut Mira dia tidak menolak hakikat bahawa Zizan seorang lelaki yang baik dan dia selesa bersahabat buat masa ini.

Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi kalau boleh saya memang tidak mahu cerita sama keluar banyak kali.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×