berita

Drama Band Kini Berlakon Drama Raya?

August 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Bas King Raya (3)

Tidak hanya sekadar memperjuangkan seni muzik, kumpulan Drama Band juga nampaknya telah mula mengembangkan bakat mereka dalam bidang lakonan pula.

Sesuai dengan nama kumpulan, Drama Band kini membintangi sebuah drama berjudul Bas King Raya yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelakon berbakat seperti Saiful Apek, Roy Azman, Farah Nabila, Jepp Sepahtu dan Almy Nadia.

Drama muzikal ini mengisahkan tentang tiga orang pemuzik jalanan bernama Zain, Lan dan Wan yang ingin pulang beraya di kampung mereka di Batu Pahat, Johor.

Bas King Raya (2)

Nasib mereka baik apabila Abang King menawarkan perjalanan balik ke kampung bersama sepasang suami isteri, Karim dan Amy serta pasangan kekasih, Zaidi dan Mona.

Namun begitu, pelbagai perkara tidak diingini berlaku kepada mereka apabila Abang King nekad mengikut jalan lama selepas tayar van buruk yang mereka naiki pancit dan kehabisan minyak.

Bas King Raya (1)

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Kalau anda nak tahu sama ada mereka berjaya sampai ke kampung halaman dengan selamat atau tidak, silalah menonton Bas King Raya pada Hari Raya kedua bersamaan 9 Ogos 2013 jam 11 hingga 12 tengah malam nanti. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×