berita

Drama Cinta Terbaru Di Insta Story Khas Untuk Korang Dari Celcom! Tak Sabarnya Nak Tengok Semua Episod!

January 24th, 2018 | by Azyanshor | 0 comments
Drama

Selalu tak rasa sedih sebab asyik lah tertinggal drama-drama best kat TV petang-petang tu. Bila orang cerita kau sorang je tak tahu! Sebabkan kau hari-hari stuck dalam jem atau perjalanan train kau jauh sangat, by the time korang sampai rumah je dah habis semua drama-drama tu..

Nak record malas, nak download lagi lah malaskan? Leceh betul nak transfer lah apa lah. Korang pernah tak terfikir, kan bagus kalau ada drama yang dibuat dalam phone je, boleh tengok kat mana-mana!

Aipp..siapa kata tak ada..

Celcom bawakan drama romantik ni khas untuk korang semua! Tak payah nak stream atau download, tengok kat IG story je guys! Senang dan korang pun tak tertinggal mana-mana episod!

Drama Cinta Insta sebanyak 5 episod yang dibintangi oleh Wanna Ali dan Alif Hadi ni memang boleh buat hilang bosan korang dekat dalam train tu tau! Sweet gila!

Drama ni pasal apa ek?

Ha, ni nak bagitahu ni, drama ni mengenai seorang gadis (Aisha)  ni yang baru je berpindah kemudian si gadis ini mulalah berbual dengan si jejaka (Ariff) ni dari balcony rumah dia. Lepastu, dia terjumpa lelaki tu dekat cafe tapi lelaki tu tak kenal pun dia!

So siapa yang dekat balcony tu? Orang yang sama atau orang berlainan? Pelik gila baru cakap then tak ingat kan? Kee… ada orang nak kenakan gadis tu?

Ha yang tu korang kena lah tengok sendiri kan? Mana boleh bagitahu semuanya hehe..

Kat mana nak tengok?

Korang boleh tengok drama ni dekat Insta Story Celcom! Episod baru akan diup kan di insta story Celcom selang dua hari! Dah start dah guys drama ni pada 22/1 haritu! Episod seterusnya akan diupload di akaun Insta Story Celcom pada  26, 28 & 30 Jan 2018 ni!

Yang bestnya kalau korang terlepas, korang boleh pergi ke account Instagram Celcom, dah korang tengok story highlight dia! So, kalau agak-agak korang tak faham ha korang tengok la banyak kali. Senang je kan?

Ada yang dah tengok ke haritu??

Yang mana dah tengok tu, korang tak pelik ke? Kenapalah Ariff tak kenal Aisha? Padahal bukan main mesra lagi time borak kat balcony tu. Kaylee ke yang plan semua ni? Pening lah admin. Admin hope diorang together lah at the end, cuma itulah, Aliff kena start layan perempuan tu elok-elok lah kan?

Korang pulak rasa macam mana? Jom try discuss sikit nak? Kalau korang ada andaian sendiri jangan lupa up insta story korang dengan hashtag #CintaInsta macam admin buat kat atas tu! Mana tau tekaan korang betul kan? Yang tak tengok lagi tu boleh la tengok trailer ni!

Most Read Today