berita

Drama Terbaru “Mana Hilangnya Juwita” Paparkan Kisah Gelap Kuala Lumpur

July 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Berita baik untuk anda semua! Astro kembali dengan sebuah siri drama terbaru yang bakal menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Lisa Surihani dan Zahiril Adzim.

Drama bersiri 15 episod ini akan turut dibintangi oleh Erra Fazira, Umie Aida, dan juga Azhan Rani. Ia mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama Anggun, seorang kakak yang bertanggungjawab dan terpaksa ke Kuala Lumpur untuk mencari adiknya, Juwita, yang sudah 2 minggu menghilang.

Kisah menjadi lebih menarik apabila setibanya di Kuala Lumpur, Anggun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Apa yang lebih menarik, Anggun mendapati bahawa adiknya mengalami masalah sosial yang melibatkan seks, dadah dan pelacuran selain bekerja sebagai model sambilan.

OHBULAN! rasa ini adalah sebuah drama bersiri yang terbaik dan mampu menjadi pedoman bagi para penonton kerana ianya mengisahkan tentang kehidupan gelap kota Kuala Lumpur yang sering terlepas pandang.

Bagi mereka yang tidak tahu kehidupan sebenar di ibukota, drama bersiri arahan Joeza Rasidi ini mampu membuka mata anda. “Mana Hilangnya Juwita” sememangnya merupakan sebuah drama yang berat serta memaparkan isu-isu masalah sosial masyarakat dalam dunia realiti.

Episod 1-2 untuk drama “Mana Hilangnya Juwita” akan mula ditayangkan mulai 9 Julai di Astro Ria pada hari Isnin jam 10 malam manakala episod 3-15 akan ditayangkan bermula jam 9 malam. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menonton drama berkualiti ini.

Untuk info terbaru dari Astro, anda boleh layari AstroGempak.com.my sekarang!

SKIP THIS AD ×