berita

Eina Azman Sewa Hotel 2 Bulan Untuk Bibik Pulih Sebelum Kembali Bekerja Semula

April 3rd, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Kehidupan Datin Paduka Eina Azman selepas berkahwin kelihatan bahagia ditambah pula dengan kehadiran sepasang kembar. Dia juga aktif dalam berkongsi aktiviti hariannya menerusi laman Instagram. Segala aktiviti memasak didapur dan berkongsi resepi pernah menarik perhatian dan dipuji netizen. Malah, timbul beberapa persoalan dari netizen, kemana bibik Poji?

Terbaru, dia berkongsi video pertemuan bersama pembantu rumahnya, Bik Poji. Amah ini direhatkan selama 2 bulan kerana dijangkiti penyakit Tuberkulosis (TB). Sayang dan rindu betul Eina terhadap Bik Poji ini. Maklumlah, sudah 2 bulan tak berjumpa.

Setelah 2 bulan

Video ini dimuat naik oleh Eina Azman menerusi laman Instagram miliknya. Video berdurasi seminit ini menyaksikan Eina memeluk pembantu rumahnya, Bik Poji dan melepaskan rindu setelah 2 bulan tidak berjumpa.

Saya jaga kebajikan bibik saya

Eina menjelaskan dia dan suami membuat keputusan untuk memberi penginapan hotel selama 2 bulan kepada pembantu rumahnya. Bik Poji telah diserang penyakit TB dan disarankan doktor pakar untuk menjauhi diri dari kanak-kanak kerana penyakit tersebut adalah berjangkit.

Syukur, kesihatan Bik Poji semakin baik dan dia berkhidmat semula untuk keluarga Eina Azman dan suami. Pasti dia rindu anak kecil Datin Eina ini.

Peminat respek sikap Datin Eina dan suami

Pakej lengkap

Credit: Eina Azman

SKIP THIS AD ×