berita

Tak Sangka Elfira Loy Boleh Tinggi 2 Cm Dalam Masa Sebulan

November 13th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-11-12 at 5.19.37 PM

Rasanya, kali terakhir kami jumpa dengan Elfira Loy, gadis ini masih kelihatan kecil molek seperti biasa. Namun, sejak akhir-akhir ini, kami perasan setiap foto yang dimuat naik di Instagram menunjukkan Elfira kelihatan tinggi.

Kami ingat teknik fotografi yang membantu Elfira tampak tinggi. Ternyata jangkaan kami silap kerana tuan punya badan sendiri mengaku menggunakan sejenis produk dari Korea.

Haa, kami dengar ketinggian Elfira bertambah 2 sentimeter (cm) dalam masa sebulan. Wow! Sungguh menakjubkan.

Screen Shot 2014-11-12 at 4.48.05 PM

Screen Shot 2014-11-12 at 4.48.16 PM

Melalui laman Instagram, Elfira telah berkongsi sejenis supplement yang membantu meningkatkan ketinggian tubuh badannya.

Katanya, tak perlu menggunakan produk ubat tinggi langsing kurus gemuk bila menggunakan produk ini. Wah memang berkesan betul nampaknya.

Kalau ikut kiraan kami, jika ketinggian Elfira bertambah 2cm sebulan, dalam setahun dah jadi 24cm. Pergh! Tinggi gila nok! Lepas ni bolehlah Elfira berdiri sama tinggi dengan supermodel yang ada. Hehe!

SKIP THIS AD ×