berita

Ella Gembira Tunaikan Solat Terawih Bersama Suami

August 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahun ini ramai artis yang menyambut Ramadhan dengan status baru mereka termasuklah Ratu Rock Malaysia, Ella. Di mana, tahun ini merupakan tahun pertama beliau menyambut Ramadhan dengan suaminya, Azhar Ghazali dan ini membuatkan Ella berasa begitu gembira kerana hasrat beliau untuk melakukan solat Tarawih bersama suami akhirnya terlaksana pada awal Ramadan lalu.

Menurut Ella, saat tersebut merupakan detik paling manis yang pernah beliau alami dalam hidup kerana perkara sebegini telah lama diidamkan olehnya.

Tambah Ella lagi, apabila selesai sahaja menunaikan solat Terawih, beliau dan suami akan menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak untuk menikmati teh tarik bersama-sama.

Selain itu, menurut Ella menerusi akhbar mStar online, walaupun sudah bergelar suami ister tetapi beliau dan suami jarang dapat bersama kerana masing-masing sangat sibuk dengan urusan kerja. Namun begitu, Ella dan Azhar masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dan mengakui perkahwinan yang dilaluinya ini banyak mengubah dirinya.

Disamping itu, Ella turut mengaku kehidupannya selepas sebulan berumah tangga merupakan perkara yang paling seronok dan masih banyak perkara yang perlu beliau pelajari. Dalam pada itu, Ella turut memberitahu beliau sempat juga menyediakan juadah sahur untuk suaminya dan beliau beruntung kerana Azhar tidak memilih dalam soal makanan.

Ella dan suaminya, Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai lalu di rumah keluarga beliau di Klang, Selangor.

SKIP THIS AD ×