berita

Elyana Kongsi Pengalaman Kimoterapi & Beri Kata Semangat Kepada Penghidap Kanser

March 14th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Umum telah mengetahui penyanyi dan pelakon, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap ke-4. Dia telah membuat pengumuman mengenai sakitnya itu dipentas Gegar Vaganza musim lalu. Ramai rakan artis dan peminat terkejut akan berita tersebut seolah tidak mempercayainya.

Terbaru, Elyana sekali lagi berkongsi pengalamannya selepas melakukan kimoterapi buat kali ke-2 pada tahun 2014. Terdapat pelbagai dugaan yang ditempuhi bagi merahsiakan penyakitnya ini diketahui umum.

Rambut mulai tumbuh

Tidak menyangka, pelakon Dunia Baru ini telah merahsiakan penyakitnya dari diketahui masyarakat. Dia seolah-oleh tiada menghidap sebarang penyakit dan kelihatan sihat seperti biasa.

Rambut gugur

Malah, dia turut berkongsi pengalamannya setelah melakukan kimoterapi. Dimana, rambut pesakit akan mulai gugur.

Pakai rambut palsu

Dia juga pernah memakai rambut palsu akibat keguguran rambut yang makin serius. Malah, kesan ubat kimo juga membuatkan saiz badannya kelihatan makin besar.

Setahun 7 kali kimo

Dia juga telah mendapatkan khidmat lebih dari sebuah hospital dan dia pernah menjalani kimo sebanyak 5 hingga 7 kali dalam setahun.

Nasihat Elyana buat senasib

Malah, dia turut memberi kata semangat buat pesakit kanser dan tabah menjalani kimoterapi setiap tahun. Dinasihatkan untuk mengambil sumber kalsium yang secukupnya bagi menguatkan akar rambut dan bulu kening dari gugur.

Credit: Elyana

SKIP THIS AD ×