berita

Emma Maembong Tak Tahan Sikap Zizan

January 8th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

zanggg

Cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang dibina sejak dua tahun lalu akhinya putus ditengah jalan tatkala ramai peminat menantikan tarikh bahagia mereka. Malah beberapa hari yang lalu Zizan turut menyuarakan isi hatinya, mahu jodoh mereka dipercepatkan.

Namun semalam semuanya terjawab apabila Emma mengakui segalanya sudah berakhir. Peminat yang terkejut dengan pengakuan Emma tersebut tertanya-tanya sebab disebalik perpisahan mereka. Rupa-rupanya Emma dah tah tahan dengan sikap Zizan. Sikap apa?

Sampai Bila Saya Nak Makan Hati? – Emma

clash

Bercakap kepada BH Online, Emma mengakui hubungannya dengan Zizan sudah lama goyang seperti mana yang didakwa oleh media sebelum ini namun baru sekarang dia nekad untuk meninggalkan Zizan.

Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati.

Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya.

Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga.

Sangkal Dakwaan Kikis Duit Zizan

Emma

Pada masa sama, Emma menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya meninggalkan Zizan setelah puas mengikis semua duit Zizan.

Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.

Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya.

Setakat ini Zizan masih lagi berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perpisahan mereka ini. Walaupun harapan peminat untuk menyaksikan mereka berdua disatukan berkecai, kami di OHBULAN! mendoakan yang terbaik kepada Zizan dan Emma.

SKIP THIS AD ×