berita

‘Emosi Saya Teruk Terganggu Hingga Tiba-Tiba Sahaja Saya Boleh Menangis & Ketawa..’

July 16th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Bak kata orang, kesilapan atau pengalaman buruk akan mematangkan kita. Begitu lah yang terjadi kepada penyanyi Sufian Suhaimi apabila menyifatkan putus tunang dengan pelakon Elfira Loy pada Februari merupakan detik paling sedih dalam hidupnya.

Akibat dari perkara itu, Sufian telah alami perubahan fizikal dimana badannya kurus dan muka semakin cengkung. Selepas beberapa bulan episod hitam itu berlaku, Sufian menceritakan bagaimana dia menempuhi fasa selepas putus tunang.

‘Segala-galanya masih misteri..’

Selepas putus tunang, Sufian Suhaimi akui waktu itu merupakan pengalaman yang sangat perit harus ditempuhinya. Walaubagaimanapun, dia sudah tidak lagi mengenangkan perkara yang sudah berlalu malah dia mendapat semula kekuatan untuk bangkit meneruskan kehidupan.

Tidak mudah untuk saya berdepan ketika situasi hubungan kami sedang memuncak, tetapi saya sudah melepasinya. Saya perlahan-lahan mencari kekuatan, malah sebenarnya, sejak Oktober tahun lalu saya sudah bersedia.

Ketika itu, saya tidak tahu apa akan berlaku kerana segala-galanya masih misteri. Banyak yang saya harus tempuh serentak, termasuk menyiapkan tesis pengajian yang belum sampai 20 peratus. Ujian pula datang bertimpa-timpa.

Hubungan dan keluarga pula bermasalah. Dari situ, saya sudah dapat menilai segala kemungkinan akan berlaku dan saya harus bersedia. Saya tidak mahu terkejut jika berlaku perkara tidak diingini.

‘Saya tiada sanak saudara di ibu negara, tetapi tidak sanggup pula membebankan kawan baik..’

Tambah Sufian, berat badannya turun dan muka semakin cengkung akibat dari apa yang terjadi.

Tidak tahu adakah saya kemurungan kerana ketika itu, saya berdepan tekanan yang agak berat. Saya tidak boleh bersendirian di rumah. Emosi saya teruk terganggu hingga tiba-tiba sahaja saya boleh menangis dan ketawa.

Itulah keadaan saya selama seminggu. Saya tiada sanak saudara di ibu negara, tetapi tidak sanggup pula membebankan kawan baik. Mereka juga ada komitmen lain. Jadi, saya ambil keputusan pulang ke kampung di Muar, Johor untuk menenangkan fikiran.

Susulan dengan apa yang berlaku, Sufian berkata ‘mencari cinta’ bukan keutamaannya buat masa sekarang.

Tetapi, itu bukan bermakna saya menutup pintu hati menerima cinta. Ada gadis cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu insan yang sesuai. Ada juga dalam kalangan peminat yang menghantar mesej peribadi, tetapi jodoh itu rahsia Allah.

Saya tidak lagi mencari cinta. Hidup saya lebih tenang apabila tidak lagi mengejar cinta.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×