berita

Erin Malik Bakal Bertunang Minggu Depan?

June 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

erin-malek-2

Woohoo..tak payah pusing-pusing, kali ini kami straight forward je okay! Sebentar tadi, kami menerima sebuah berita bahawa pelakon yang popular dengan drama ‘Misiku Kuza’ iaitu Erin Malek, bakal bertunang.

Menurut sumber-sumber terapat, Erin khabarnya bakal bertunang dengan jejaka yang bernama Farriz Fauzy, iaitu orang sama yang dikenalinya melalui laman sosial beberapa bulan lalu.

Dengar cerita, Erin dikatakan sudah pun mula mengedarkan kad jemputan pertunangannya nanti. Wow! Pantasnya! Kalau betul ada kad jemputan, pastinya majlis itu grand kan?

erin-malek-10

Inikah bakal tunang Erin Malek? Ermm..mungkin..

Maklumlah, kami difahamkan buah hati Erin ini merupakan seorang ahli perniaagan. Baguslah kalau nak bertunang kan, perkara baik eloklah dipercepatkan.

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Erin Malek pernah mengakui jejaka tersebut ada meluahkan hasrat ingin mendirikan rumahtangga bersamanya dan seandainya ada jodoh, Erin tidak menolak untuk berkahwin.

Artikel Berkaitan: Berkenalan Di Instagram Empat Bulan, Erin Malek Sedia Berkahwin

Apapun, kami doakan agar hubungan yang bakal dibina akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Tahniah Erin Malek!

SKIP THIS AD ×