berita

Erma Sindir Rabecca Dengan Wang Saman 5 Sen?

December 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Erma Fatima

Nampaknya, pertama kali dalam sejarah industri hiburan tempatan terjadinya perkara yang kami kira paling kelakar dan betul-betul menarik perhatian.

Apa tidaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima dengan sengaja menyerahkan wang saman berjumlah RM11,200 kepada Rabecca Nur Al-Islam dalam bentuk syiling 5 sen. Boleh?

Kalah bukan sebarang kalah, sebentar tadi menerusi sebuah laporan, Erma bukan saja membayar saman kepada Rabecca dalam bentuk syiling 5 sen, malah, pengarah ini turut memberikan senaskhah Al-Quran kepada pelakon ini.

Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya? – dipetik dari mStar Online.

becca duit

Syiling 5 sen yang berjumlah RM11,200

Untuk pengetahuan, pengarah kontroversi Erma Fatima  sebelum ini telah kalah dalam kes tuntutan bayaran oleh Rabecca untuk lakonannya dalam sebuah filem arahannya sebelum ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kemudian mengarahkan Erma Fatima mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Betul-betul power. Ada mana-mana artis lagi yang suka saman orang?

SKIP THIS AD ×