berita

Faizal Ismail Tak Minat Ke Stesen Radio Lain

October 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Faizal Ismail

Minggu lepas, peminat dikejutkan dengan isu peletakan jawatan, penyampai radio terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI menerusi laman sosialnya.

Berikutan isu tersebut, ramai yang mula membuat andaian dan spekulasi yang bukan-bukan terhadap Faizal, sehingga ada mendakwa kononya penyampai radio tersebut telah mendapat tawaran yang lebih lumayan di stesen radio lain.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, bercakap menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Faizal telah menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia langsung tidak berminat untuk menjadi penyampai di stesen radio lain, malah dia lebih selesa untuk fokus dengan perniagaan yang baru diusahakannya sejak dua bulan lalu.

Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.

Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu.

Faizal IsmailFaizal & isteri buka perniagaan sendiri, FBI Entertainment

Dalam pada itu, menerusi laporan berlainan, Faizal turut menyatakan bahawa, meskipun dia bukan lagi penyampai tetap di stesen radio Hot FM, akan tetapi dia akan terus menjadi penyampai radio sambilan di stesen berkenaan.

Saya memang mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio Hot FM tetapi bermula Disember ini saya akan kembali ke stesen itu sebagai penyampai sambilan sahaja. Saya akan ke udara pada hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad.

Selepas ini, perniagaan adalah keutamaan. Bagaimanapun saya masih mengacarakan rancangan televisyen seperti biasa.

Untuk makluman, sejak dua bulan lalu, Faizal telah memulakan perniagaannya sendiri yang dikenali sebagai FBI Entertainment. Perniagaan tersebut merupakan permulaan baru buat Faizal untuk mengubah kehidupannya bersama isteri tersayang, Nor Azlina Ahmad Din.

SKIP THIS AD ×