berita

Fakta Menarik Jenama Beg Bijan, Bukan Bijan Pakai Timbang

June 28th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, ramai ternganga apabila Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memberitahu jenama Bijan antara beg yang dirampas di kediaman bekas PM Malaysia. Malah, jenama ini turut mengelirukan media sehingga mereka meminta Amar Singh mengeja kembali perkataan Bijan bagi mendapatkan kepastian.

Sejak jenama itu disebut oleh Amar Singh, Bijan menjadi trending mengalahkan World Cup. Ini fakta menarik yang mungkin korang nak tahu tentang jenama Bijan ini.

Ada apa pada jenama Bijan?

Bijan yang disebut Amar Singh itu bukanlah jenama yang mengambil nama bijian bijan sebaliknya Bijan yang disebut sebagai bizaen (perkataan dalam bahasa Iran) adalah antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia yang dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik.

Kalau sebelum ini beg Hermes antara yang dikaitakan dengan Rosmah, namun beg tangan khas Bijan lebih menonjol disebut pada sidang akhbar semalam. Selepas melihat beg tangan Bijan, tidak hairanlah kalau ianya menjadi pilihan Rosmah kerana struktur nya seakan serupa dengan beg Birkin dari koleksinya. Walau bagaimanapun, tidak jelas berapa harga beg yang dimiliki isteri kepada bekas PM kita.

Butik terlalu mewah

Buat pengetahuan semua, jenama dari Amerika dari Los Angeles ini hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dari kulit buaya serta batu permata bagi menonjolkan lagi kemewahan beg koleksi mereka. Namun yang paling menarik perhatian ramai adalah edisi terhad Rolls Royce yang diletakkan di luar butik  yang jelas menunjukkan butik mereka hanyalah untuk orang kaya.

Sebuah candelier kristal yang dihiasi dengan berpuluh-puluh botol minyak wangi diletakan di dalam butik ini berserta lukisan asli 1968 oleh artis Colombia, Fernando Botero yang digantung di salah satu dinding. Dilaporkan bahawa pembeli yang pergi ke butik menghabiskan purata AS $ 100,000 setiap orang dan mereka haruslah menjadi pengunjung VVIP untuk memasuki butik ini. Fuh bukan biasa-biasa.

Bijan dikenali di dalam dunia politik

Jenama itu sangat terkenal dikalangan lelaki berpengaruh di Hollywood dan di dunia politik. Butik House of Bijan, yang terletak di Rodeo Drive di Beverly Hills, California, dihiasi dengan gambar-gambar Sir Anthony Hopkins dan Michael Jordan, dan Prince Charles.

Malah ada bilik persalinan yang didedikasikan untuk keluarga Bush, dengan dinding yang dihiasi dengan poster yang ditandatangani oleh George W Bush sendiri. Foto keluarganya dihiasi di semua sudut dalam butik House of Bijan. Maknanya, Datuk Najib dan isteri bukan orang level-level biasa okay!

Harga stokin rm400 sepasang

Berdasarkan carian di blog, The Most Expensive Journal, Bijan adalah antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.

Dalam temu bual dengan Forbes pada tahun 2017, ahli waris Bijan Nicholas Bijan berkata pelbagai rangkaian hubungan mereka dihasilkan dalam jumlah terhad bagi setiap reka bentuk. Ini bermakna bahawa mungkin terdapat dua ikatan rekaan yang sama di seluruh dunia.

Pengasas asal meninggal dunia disebabkan strok

Selepas kematian Bijan Pakzad pada 26 April 2011 disebabkan strok, perniagaan itu diambil alih oleh anaknya, Nicholas Bijan. Kedai Rodeo Drive House of Bijan dijual kepada LVMH, barang-barang mewah Perancis konglomerat, pada tahun 2016, namun perniagaan dilaporkan meningkat dua kali ganda pada 2016 hingga hampir AS $ 30 juta pada tahun yang dijual.

Bernilai 1.6 juta?

Pagi tadi, Amar Singh pada sidang medianya mendedahkan 567 beg tangan membabitkan lebih 37 jenama seperti Prada, Bijan dan Chanel telah dirampas di salah sebuah hartanah milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan datin Seri Rosmah Mansor. Daripada jumlah itu, sebanyak 272 beg berjenama Hermes dianggar bernilai RM51.3 juta dan proses penilaian harga beg berkenaan mengambil masa selama lapan hari.

Bijan merupakan beg tangan mahal dan ada beg tangan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan beg tangan buatan tangan. Dalam satu laporan media mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Los Angeles dinamakan sebagai destinasi pilihan beli belah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Trending di laman twitter

Salam 1 Bijan Malaysia

Belajar jenama perempuan kerana Najib

Ni agenda yahudi

Kalah trending world cup

Sumber : Berita Harian, Channel Asia

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×