berita

Fame Gaga, Lady Gaga!

August 20th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih dikenali dengan nama Lady Gaga sering tampil pelik dan luar biasa tatkala memperagakan sesuatu pakaian.

Beliau terkenal dengan imej yang seksi, malahan sering tampil dengan persembahan yang menarik dengan kemampuan vokal yang hebat bagi menambat hati para peminatnya.

Wangian pasti tidak lekang daripada selebriti. Pasti setiap selebriti akan menghasilkan haruman aroma wangian tersendiri yang mencerminkan personaliti mereka.

Begitu juga dengan Gaga, beliau menghasilkan wangian aneh daripada botol eksklusif berbentuk telur yang dihiasi dengan emas dan wangiannya dirumus khas daripada elemen Tears of Belladonna, Crushed Heart of Tiger Orchidea, a Black Veil of Incense, Pulverized Apricot, Combinative Essences of Saffron San Honey Drops.

Malahan, baru-baru ini Lady Gaga telah memuat naik trailer komersial untuk kempen minyak wanginya yang terbaru iaitu Fame, First Ever Black Eau de Parfum.

Trailer bajet tinggi ini penuh dengan aksi menggoda dengan jalan penceritaan yang menarik yang memerlukan anda menonton lebih daripada sekali.

Dalam satu babak, Lady Gaga tampil tanpa sebarang pakaian dimana fotonya diambil oleh jurugambar Steven Klein dan mendapat belaian daripada lelaki-lelaki kecil yang merangkak pada tubuhnya kecil.

Jalan penceritaan dalam trailer ini tentang kekuasaan peribadi di mana beliau tertindas dan penghasilan wangian ini bermotifkan warna hitam, ‘black like the soul of fame but invisible once airborne’. Sebagai iklan minyak wangi, ianya cantik kemas!

Komersial ini telah diarahkan oleh Steven Klein, yang menjalankan kerjasama dalam muzik video “Alejandro” dan dihasilkan oleh Ridley Scott francais “Alien”. Kemasyuran semburan wangian akan dikeluarkan khas pada 22 Ogos 2012.

SKIP THIS AD ×