berita

‘Farid Dalam Depresi’ – Soffi Jikan Jelas Farid Dalam Tekanan, Bertindak Mungkin Kerana Provokasi

January 12th, 2018 | by Lyna | 0 comments
Isu & Kontroversi

Panas mengenai isu Farid Kamil. Di kala beliau disahkan positif dadah jenis ganja, sebuah video menunjukkan pelakon itu main Bigo Live bersama Soffi Jikan pula tersebar?

Terbaru, Mstar menghubungi pelakon, Soffi Jikan untuk mendapatkan keterangan lanjut terhadap apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada sahabatnya itu. Kata Sofi, aktor Kuliah Cinta itu kini sedang mengalami tekanan perasaan dan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak secara luar kawalan.

Berada dalam depresi

Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

Susulan kes kontroversi menampar polis dan menendang orang awam semalam, Farid tidak putus-putus menerima kecaman di akaun Instagramnya. Malah, isterinya Diana Danielle turut menjadi sasaran sehinggakan beliau menutup ruangan komennya.

Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan.

Soffi turut berkongsi bahawa aktor itu pernah menyampaikan hasrat untuk memperjuangkan nasib artis yang berhadapan dengan masalah hutang ah long.

Hasrat bela nasib artis

Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long.

Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian.

Terbaru, Malay Mail melaporkan pelakon itu akan menghabiskan tiga malam seterusnya di lokap.

Direman 4 hari

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya, Mohd Zani Che Din berkata reman selama empat hari telah diberikan tetapi tidak memberikan keterangan lanjut.

Sumber: MstarMalay Mail Online

Most Read Today