berita

Farid Kamil Jatuh Motor

June 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Farid Kamil

Lama juga tidak mendengar kisah mengenai Farid Kamil selepas pelakon ini melangsungkan perkahwinan bersama isterinya, Diana Danielle. Kalau tak silap OHBULAN!, adalah satu atau dua isu sebelum ini mengenai videonya bersama Diana Danielle menjadi tajuk cerita di beberapa laman hiburan tempatan.

Namun semalam, sebuah akhbar online tempatan, mStar Online, dalam laporannya mengatakan Farid Kamil telah mengalami kemalangan ketika sedang menunggang motosikal mini jenis Kawasaki KSR 110 di sebuah litar di Subang Jaya.

“Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak teruk dan selepas pembedahan kecil semalam (Isnin) dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

“Kecederaan bahu kiri itu disebabkan kesan luka lama ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lalu.” – Jurucakap pihak pengurusan Metrowealth.

Melalui jurucakap yang sama juga, mereka menafikan sama sekali mengenai laporan yang mengatakan bahu Farid Kamil patah ketika kemalangan tersebut berlaku. Walau bagaimana pun, Farid kini sedang berehat seminggu atas nasihat doktor.

Untuk pengetahuan, sebelum ini suami Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk K juga pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi Disember tahun lalu di Queenstown, New Zealand. Dalam kemalangan itu, beliau mengalami kecederaan di bahagian leher dan juga tangan.

SKIP THIS AD ×