berita

Fashion Show Raya 5 Stars II : Zery Zamry

July 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Zery Zamry merupakan seorang lagi pereka fesyen terkenal yang turut menyumbangkan idea sewaktu malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini. Untuk majlis ini, Zery Zamry telah menonjolkan koleksi beliau yang berkonsepkan “Classic Glam” dengan menampilkan 10 koleksi busana yang bercirikan moden dan sofistikated serta glamor dan klasik. Kesemua koleksi beliau pada lebaran tahun ini lebih mengetengahkan rona  asas seprti hitam dan putih agar si pemakai tampak lebih elegan dan klasik.

Berikut merupakan foto koleksi Zery Zamry yang telah diperagakan pada malam Majlis Fashion Show Raya 5 Stars II baru-baru ini :

Pembukaan koleksi Zery Zamry telah dimeriahkan dengan penampilan khas penyanyi, Sabhi Saddi. Menerusi pertunjukan ini Sabhi telah memperagakan busana Baju Melayu rona hitam daripada potongan leher teluk belanga. Padanan kain samping daripada fabrik songkat rona senada menonjolkan lagi ketampanan jejaka melayu.

Busana Kurung Moden rona putih ini kelihatan sungguh cantik dan menawan. Perincian sulaman di bahagian kaki busana menonjolkan lagi keanggunan dan keayuan si gadis. Selain itu, padanan kain rona hitam daripada material songket ini kelihatan sungguh unik dan menarik, bersesuaian dengan element elegan dan klasik yang cuba ditonjolkan oleh Zery Zamry.

Busana Kurung Moden rona putih berjalur ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Padanan sematan flora di bahagian leher dan sedikit sulaman di bahagian kaki busana menonjolkan lagi pesona dan kemanisan si gadis. Selain itu, padanan kain plain rona hitam membangkitkan lagi aura elegan buat si gadis melayu di pagi lebaran.

Busana potongan Kurung Moden rona hitam dan putih ini kelihatan sungguh menawan dengan fabrik bermotifkan flora. Penambahan element reben di bahagian leher daripada rona putih membangkitkan lagi aura eksentrik dalam penampilan si pemakai.

Busana berpotongan Kurung Kedah rona hitam ini menampilkan element elegan dan klasik dalam penampilan si gadis. Busana yang dihasilkan daripada fabrik polca dot jarang ini menampilkan aura seksi dan glamor, bersesuian dengan tema yang ingin ditampilkan iaitu “Classic Glam”.

Busana potongan kebaya pendek dengan padanan kain bermotifkan polca dot ini kelihatan sungguh klasik dan menarik. Perincian element bow di bahagian tengah busana yang digantikan sebagai butang membuatkan penampilan si gadis kelihatan sungguh unik dan mempesonakan.

Busana rona putih bermotifkan polca dot ini kelihatan sungguh cantik dan klasik. Padanan perincian sulaman sedikit sarat di bahagian kaki kebaya pendek ini menonjolkan lagi penampilan dan keanggunan si gadis. Potongan bahagian kain yang direka sedikit kembang di bahagian bawah menampilkan pergerakan yang sungguh menarik dan cantik dengan padanan renda daripada rona putih.

Busana rona hitam berpotongan top peplum ini kelihatan sungguh menarik dan unik dengan padanan flora bersaiz besar di bahagian leher. Busana ini kelihatan lebih menyerlah dengan padanan kain berambu daripada rona putih. Ia membangkitkan aura glamor dan klasik buat si ganis melayu.

Busana potongan top peplum rona putih ini kelihatan sungguh menarik dengan penambahan sematan flora di bahagian pinggang.Busana ini kelihatan lebih menonjolkan dengan potongan berombak di bahagian kaki busana dan ia memberikan element moden dan sofistikated. Padanan kain rona hitam berkelipan menonjolkan lagi gaya klasik dan glamor si pemakai.

Sebagai penutupan koleksi lebaran Zery Zamri, beliau telah menampilkan aktres terkenal Natasha Hudson untuk memperagakan busana beliau. Natasha Hudson telah memperagakan busana rona hitam daripada kombinasi potongan Kurung Moden dan peplum. Walaupun ia kelihatan ringkas, dengan adanya perincian flora di bahagian leher busana, ia mampu membangkitkan aura eksentrik dalam penampilan wanita melayu.

SKIP THIS AD ×