berita

Fathia Latiff Persoal Istilah Tunafoto, Jawapan Lelaki Ini Akan Buat Korang Berdekah

November 22nd, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini macam-macam isu ditimbulkan pelakon cantik Fathia Latiff. Dari isu ‘cashless’ kepada perbandingan harga minyak sehinggalah masalah disiplinnya yang lambat 5 jam ke studio, baru-baru ini.

Terbaru, pelakon Dia..Isteri Luar Biasa ini mengirimkan satu tweet berkenaan istilah baru yang diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dia mempertikaikan istilah ‘photobomb’ yang diterjemahkan kepada ‘tunafoto’.

Dari mana datangnya ikan?

Fathia memetik satu tweet oleh Astro Awani yang antaranya mengumumkan senarai istilah baru dalam Bahasa Melayu. Selain tunafoto, turut tersenarai adalah swafoto maut dari killfie dan tera air (watermark). Malahan dia turut mencadangkan beberapa istilah lain yang dirasakan lebih tepat berbanding tunafoto.

Ini penjelasan paling padu!

Penjelasan penuh berbisa lelaki bernama Comrade Nami itu mendapat persetujuan pengguna lain sehingga  meraih lebih 4 ribu RT. Ramai yang mungkin sependapat dengan lelaki itu dengan ayat ‘contoh’ diberikan kepada Fathia.

Lagi penjelasan dan balasan pedas berapi

Kenapa tak check kamus dulu?

Kalau tak boleh melawak, jadi ikan

Namun begitu Fathia dilihat seperti hanya bergurau atau suka-suka membuat tweet berkenaan berdasarkan pos kemudiannya. Dia seperti sudah menjangkakan mendapat kecaman sebegitu daripada netizen yang rata-ratanya tidak tahan dengan kenyataan atau soalan dibuatnya. Fathia… Fathia…

Sumber: Fathia Latiff

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×