berita

Fazura, Fattah Dah Tunang Semalam? Khabarnya Bakal Nikah Di Mekah? Betul Ke?

November 15th, 2017 | by faris | 0 comments
29.2K
reads
743
shares
Isu & Kontroversi

Gosip cinta mengaitkan Fattah Amin dan Fazura agak lama juga diperkatakan, namun kedua-dua pihak seolah bermain tarik tali dengan media dan peminat. Berteka-teki tanpa ada kepastian membuatkan khalayak semakin bertambah rasa ingin tahu.

Laporan Harian Metro awal pagi tadi melaporkan satu majlis tertutup diadakan di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya semalam dengan hiasan seperti majlis kahwin sehingga menimbulkan tanda tanya.

Sedar ada wartawan, pintu pagar ditutup

Wartawan Harian Metro yang sudah sampai seawal jam 8 di rumah berkenaan selepas dimaklumkan bahawa pasangan Fattzura ini akan dinikahkan. Bagaimanapun, menyedari kehadiran wartawan, adik dan pembantu peribadi Fazura mengawal ketat pintu masuk dan kemudiannya menutup pintu pagar.

Pengurus enggan komen lanjut

Pengurus Fattah, Acha enggan mengesahkan perkhabaran kesahihan berita mengenai majikannya itu. Namun dia mengatakan mereka bersiap untuk berlepas mengerjakan umrah pagi ini.

Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah. Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah.

Dekorasi putih jadi tanda tanya

Acha yang pada mulanya menafikan sebarang majlis berlangsung di kediaman itu bagaimanapun muncul dengan berjubah putih. Malahan tinjauan wartawan mendapati dekorasi khemah juga dihiasi dengan hiasan berwarna putih seperti majlis perkahwinan.

Bakal bernikah di Tanah Suci Mekah?

Sumber memberitahu mereka sudah bertunang dalam majlis sama dan bakal dinikahkan di hotel dalam tempoh mereka berumrah.

Jika benar, tahniah in advance untuk Fattah dan Fazura dari kami di OhBulan!

Sumber: Harian Metro