berita

Fazura Jadi Sumber Inspirasi Randy Seidman Buat Lagu. Untunglah!

September 30th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

WjmVJ9m

Lamanya tak tulis mengenai heroin filem Tembus ni. Siapa lagi kalau bukan Fazura. Kalau korang peminat setia wanita ini, mesti korang tahu bahawa Fazura baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari lepas.

Dah tentu Fazura terima beribu-ribu ucapan dari peminat kan? Mana taknya, Fazura kan mempunyai banyak peminat fanatik. Buktinya, timeline Instagram Fazura pun penuh dengan ucapan hari lahir.

Korang nak tahu tak hadiah apa yang paling istimewa Fazura dapat tahun ini? Dengar cerita ‘teman tapi mesra’ Fazura iaitu Randy Seidman menjadikan si jelita ini sebagai sumber ilham.

Screen Shot 2014-09-30 at 12.43.16 PM

Kami difahamkan Randy telah memuat naik karya EP downtempo terbarunya yang berinspirasikan Fazura. Aww! So, sweet! Tak percaya? Tengok foto yang dimuat naik oleh Fazura diatas.

Manis sungguh kata-kata Randy. Wah, nampaknya Fazura betul-betul bermakna dalam kehidupannya. Iyalah, kalau dah sampai jadi inspirasi, pasti istimewa dihati. Betul tak?

Bukan satu, tapi tiga lagu yanag diremixkan iaitu Polished Chrome, Christos Fourkis, dan Soty. Kami dengar pun tenang je tau! Bertuah sungguh jadi Fazura.

Apapun, Happy Belated Birthday kami ucapkan kepada Fazura. Untuk korang, jom tengok foto terbaru Fazura nak? Layan~

Kredit Foto : Instagram Fazura

SKIP THIS AD ×