berita

‘Fazura Lepas Anak 5 Orang’ – Didakwa Body Shaming, Ini Respon Balas Faezah Elai

July 30th, 2018 | by faris
Kini Trending

Perbuatan mempersenda fizikal dan bentuk badan atau body-shaming menjadi isu besar di peringkat antarabangsa. Malahan pelakon Janna Nick pernah dihentam hebat kerana mengkritik seorang selebriti Barat di laman Instagramnya. Janna kemudiannya membuat permohonan maaf berhubung keterlanjurannya itu.

Ketika majlis anugerah yang berlangsung hujung minggu lalu, ada satu insiden seakan sama yang membuatkan Fazura dan Faezah Elai berbalas kenyataan menerusi laman sosial masing-masing.

Jangan ambil kisah dengan mereka berminda cetek

https://www.instagram.com/p/BlzkDwhgEA4/?taken-by=missfazura

Dalam video pendeka berkenaan, Fazura yang tidak hadir ke majlis itu telah menghantar seorang wanita sebagai wakilnya untuk menerima anugerah. Faezah Elai yang menjadi penyampai anugerah ketika itu mengatakan wakil isteri Fattah Amin itu sebagai ‘Fazura selepas 5 orang anak’. Komen berkenaan disambut gelak ketawa penonton yang hadir.

Fazura menerusi pos panjangnya mengatakan kecantikan seseorang itu tidak sepatutnya didefinisikan dengan bagaimana rupa fizikal atau kecacatan dimiliki seseorang.

Kepada kaum wanita di luar sana, tidak kiralah jika anda kurus, gemuk, rendah, tinggi, gelap, cerah, Melayu, Cina, beragama Buddha atau Kristian, berambut keriting, ada enam jari atau berleher panjang, ingatlah anda cantik seadanya.

Tidak kiralah apa juga rupa fizikal anda, anda istimewa dengan cara tersendiri. Anda cukup istimewa dan hanya ada satu sahaja di dunia. Jangan terkesan dengan manusia berminda cetek dan suka buat lawak kosong. Kuatkan diri, yakin, berbahagia, ada kelas tersendiri dan maafkanlah mereka. Kita mesti meraikan perbezaan, berbaik sangka dan menyokong satu sama lain.

Ini respon Faezah Elai

Faezah kemudiannya memberi respon menafikan dia ada membuat kenyataan body shaming seperti yang didakwa. Tambahnya, dia tidak melihat kenyataan ‘anak 5’ sebagai body shaming kerana dia sendiri mempunyai suami berfizikal besar.

Khas untuk orang yang tujuannya untuk menghentam orang lain and suka judge orang.. Now which part yang I cakap  “Lepas anak 5 orang” yang konon ada part body shaming?? Kat mana?? Wehh come on ah, my husband pon gemok, why on earth should I said something yang akan buat my own husband pon boleh terasa??

I said, anak 5 orang cause orang lain yang naik stage and she is wearing hijab. Takde kena mengena pon tentang body dia I said anak 5 cause aku ada anak 5 so sapa kat sini pikir konon aku bodyshaming kan orang? Infact tak terpikir langsung.

Tak suka cakap pasal fizikal orang

Ujar Faezah lagi, dia bukanlah seorang yang suka bercakap mengenai fizikal orang lain. Dia juga meminta maaf jika ada membuatkan wakil Fazura tersalah faham dengan kenyataannya pada malam itu. Dia juga meminta pengikutnya tag wanita berkenaan di ruangan komen.

I’m not a person who talk about other people’s punya fizikal la. If you yang tersalah faham why ajak orang lain to salah faham jugak? And buat orang lain dapat dosa free. To the girl yang on stage semalam, if you think I was referring to your body, you are absolutely wrong. I don’t judge people, jauh sekali nak bodyshaming kan org. BUT IF MY JOKES BUAT AWAK TERASA, THEN I APOLOGISE..AS I DONT MEAN THAT.. PLS TAG THIS MESSAGE TO THE GIRL YG NAIK STAGE LAST NIGHT..

Thank you to all the kecaman and owh I don’t need free publicity sebab it was not me yang post this and trying to buat best. Kalau kita seorang yang positive kita tak kan terfikir benda yang negative. And pls this is my ig and i tak suka komen2 yg negative kalau rasa nak tulis yg negative or nak mengutuk, boleh buat di ig sendiri, atau ig yang memang nak kecam saya. Thank you.

And owh that girl yang naik semalam, rasa nya tak gemok pon. And cuba nak nyatakan yang naik stage semalam tu bukan pemenang tapi orang lain dalam maksud yang tersirat.

Sumber: Missfazura, Faezah Elai

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×